Daisypath Anniversary tickers

21 September 2005

Akhirnya..

Hari ini, sedikit ketenangan dalam hidupku. Bukanlah maksudku selama ni, hidupku tidak tenang, tapi, alhamdulillah kerisauan aku berakhir juga semalam, selepas berakhirnya temuduga di pejabat Canseleri lama lewat jam 6 petang semalam. Ada sahabat yang bertanya, bagaimana dengan temudugaku? Apa yang dapat kujawab, alhamdulillah, semuanya okey.. keputusannya kita tunggulah sahaja.. Aku pun tak pasti lulus atau tidak.

Namun, selepas temuduga semalam, aku bergegas pulang untuk bersiap pula untuk kelas malam (memberi kelas tambahan bagi pelajar2ku yang tidak tahu menggunakan software CLIPS bagi projek kelas mereka..) Oleh kerana aku mengajar dua kelas untuk subjek Intelligent System, malam ini juga akan kuadakan kelas yang serupa bagi pelajar-pelajar kelas A. Walaupun, sebenarnya aku cuma menggantikan seorang sahabat yang cuti bersalin untuk kelas ini, aku rasakan adalah menjadi tanggungjawabku untuk mengajar cara mengguna software tersebut.. Semasa mengajar mereka menggunakan software tersebut, dapat kurasakan pelajar-pelajar ini terlalu manja. Mereka langsung tidak membuka buku. Malah untuk menulis sebaris ayat dalam CLIPS juga mahu aku tunjukkan caranya. Akhirnya aku suruh semua membuka buku dan memaksa mereka membaca buku itu satu demi satu. Segala arahannya jelas tertulis di dalam buku tersebuut, namun, masing-masing hendak mengharapkan segalanya dari Cik Zaidah yang seorang ini.. Mungkin mereka menganggap aku adalah buku bergerak, yang boleh melisankan segala arahan di dalam buku itu.. Hmm.. Dengan sikap mereka yang seperti itu, bagaimana hendak berjaya? Mereka harus bertukar cara belajar. Bukan lagi mengharap segalanya dari seorang pensyarah.

Aku juga sudah selesai menyemak kertas ujian pelajar2 ku. Alhamdulillah, ada yang mendapat keputusan yang baik, walaupun tidak kurang juga, ada yang gagal. Aku cuba menasihati pelajar-pelajarku, agar berusaha untuk mendapat kelulusan yang baik. Kadangkala, aku rasa seperti mak nenek pula bila bercakap tentang perkara ini. Tapi, aku tak tega membiarkan mereka begitu sahaja. Mereka semua bagaikan adik-adik ku sendiri (walaupun ada di antara mereka yang sebaya malah lebih berumur dariku..)

Buat adik-adikku yang masih menuntut, janganlah asyik mengharap segalanya dihidangkan kepada kita. Selalunya kita akan lebih menghargai sesuatu yang kita cari dengan usaha sendiri, berbanding sesuatu yang datang bergolek di depan mata kita. Hargailah..

2 comments: