Daisypath Anniversary tickers

30 September 2005

Berani?

Hari ni aku agak sibuk. Setelah kelas ku berakhir pagi tadi, bergegas ke pajabat, menyelesaikan kerja2 yang sepatutnya.. Dengan kertas soalan untuk peperiksaan akhir yang harus dihantar seminggu lagi, aku juga mesti menyediakan bahan untuk mengajar esok malam.. Masih banyak yang harus kusiapkan, kutinggalkan dahulu.. Tengahari pula, aku ke sekolah adikku, untuk menjemputnya dari asrama. Sewaktu di sekolahnya, adikku memberitahu yang dia hendak ke Sunway Piramid esok, untuk jamuan akhir tahun bagi kelasnya. Aku terkejut. Jamuan kelas di Sunway Piramid? Bila aku dapat tahu yang jamuan itu bukan anjuran sekolah, cuma rancangan pelajar2 tersebut, aku mulai risau. Bagaimana pelajar2 yang baru berusia 14 tahun, boleh menganjurkan jamuan di tempat yang asing bagi mereka? Jauh pula di Sunway. Aku mula meragui anjuran jamuan itu, dan kutanya sekali lagi, bagaimana dia hendak ke sana.. Dengan selamba dia menjawab, naik komuter, sampai di Subang, naik bas pula.. Wah, aku makin terkejut. Adikku yang selama ini, tidak pernah menaiki bas sendiri walau di Shah Alam, mahu ke Sunway dengan bas? Aku mula membebel, kerana tidak percaya sejauh itu dia berani merancang.

Mungkin ada yang akan mengatakan aku kolot, dan berfikiran tertutup, tapi, aku tetap menegaskan ianya sesuatu yang membahayakan. Aku teringat2 kembali, bagaimana suatu masa dahulu (ketika usiaku 7 tahun) aku pernah sesat di pasar Jln Chow Kit pada waktu malam. Nyaris aku diculik, namun aku diselamatkan oleh 2 orang anggota polis yang sedang meronda. Mungkin orang mengatakan itu semua trauma yang aku enggan lupakan. Namun, peristiwa tahun lalu, di mana 5 orang perompak memecah masuk rumahku sewaktu kami sekeluarga sedang nyenyak tidur, masih segar di ingatanku. Malah, perasaan sewaktu perompak itu meletakkan parang ke leherku, masih tidak dapat kulupa. Disebabkan itu, aku sering berjaga-jaga. Kita tidak pernah tahu bila malang akan menimpa. Ditambah dengan keadaan dunia kini yang dipenuhi orang berbagai ragam, berbagai niat, bahaya itu ada dimana-mana.

Aku bercerita bukan dengan niat apa-apa.. Cuma mahu adik-adikku berfikir dahulu sebelum bertindak. Mungkin kita hanya nampak keseronokan mengatur rancangan, tapi, kita juga harus memikirkan kemungkinan yang bakal menimpa kita. Buat adik-adik, malah sahabat-sahabat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan sesama kita..

Setelah aku puas membebeli adikku (sehingga meleleh juga air matanya kerana tidak diizinkan menghadiri jamuan itu), aku bergegas ke pejabat semula. Mesyuarat bermula jam 3, aku pula masih di jalanan.. Termengah juga aku mengejar waktu. Aku tidak suka menjadi orang terakhir sampai. Nanti apa pula orang akan fikir, baru mula bekerja, sudah pandai lewat hadir mesyuarat. :p

7 comments:

  1. kesiannya adik bedah... abis tu tak dapatla dia pergi??? siannyer... aku pun abang kepada 4 adik perempuan dan 1 adik lelaki.. kadang2 kita kena juga beri sedikit kelonggaran kat diorang ni... sekarang mungkin kita boleh kata tak boleh sebab diorang kecik lagi... tapi diorang akan membesar jugak... mungkin bedah boleh hantar dia jap gi sunway tu.... then bila dah habis majlis bolehla u jemput... shah alam ke sunway dekat je.... hari sabtu bukannya jam.... tu pendapat aku la yg tak penah kena culik or kena letak parang kat tengkuk... kalau bedah tak setuju aku faham kenapa....

    ReplyDelete
  2. aku paham perasaan bedah....tp at the same time i can identify with her sister's.....dulu pun aku tak penah dibenarkan kluar rumah utk bersama kawan2...asyik kena jaga adik je....dh sampai itm baru blaja hidup sendiri.....
    betul gak cadangan dayat tue....maybe boleh tlg antakan drp dia x dpt pg langsung kan?
    eh, tp betulke ari sabtu x jam dayat? slalu aku tgk punya la panjang jam nk masuk sunway tu....

    ReplyDelete
  3. bedah, kau kena guna sikit diplomasi. bukan bermakna kau lecturer kau kena lecture adik kau sampai menangis. bukan bermakna diplomat je kena guna diplomasi. cuba kau renungkan, ayah kau pun tegas juga dgn kau, kan. apa yg kau buat? kau curi2 dlm ketegasan ayah kau. kau ada pandangan kau sendiri, walaupun ayah kau tak benarkan kau buat sesuatu perkara. aku yakin, kalau kau terlalu tegas, tentu adik kau curi2 buat sesuatu. kalau curi2 mcm yg kau buat takpe juga. aku rasa yg kau curi2 buat masih rasional. mcmana kalau adik kau curi2 buat sesuatu yg tak rasional. hisap dadah ke, black metal ke (nauzubillah). so kau kena diplomasi sikit. bagi ruang sikit. kalau marah pun jgn la sampai dia nangis. kesian adik kau. bg la no tepon adik kau tu. bleh aku pujuk dia skit...

    ReplyDelete
  4. hehe.. nampaknya ramai kawan2 aku yang memberi respons terhadap tindakan aku pada adikku.. terima kasih, sebab sudi memberi nasihat padaku. betul juga kata-kata dayat, mungkin aku boleh pergi hantar dia ke sana kalau aku rasa jalan sendirian berbahaya. tapi, malangnya kesibukanku, menghalang aku buat macam tu.. Aku terpaksa bekerja setiap hari sabtu (untuk semester ini), walaupun mungkin ada yang fikir aku sengaja membuat alasan. and to this anonymous person, aku bukanlah seorang kakak yang terlalu zalim sehingga membuat adikku berkurung di dalam bilik menangis teresak2, kerana aku meleteri dia.. betul, aku membebeli dia, tapi, akhirnya dia sendiri mengambil keputusan tidak mahu pergi (walaupun, mungkin keputusan itu tidak ikhlas..). untuk pengetahuan kalian, adikku yang seorang ini, adalah seorang adik yang baik. setelah aku pulang dari pejabat petang itu, dia menghampiriku, meminta maaf kerana terkasar denganku tengahari itu(secara tidak sengaja, menampar tanganku, kerana tidak perasan aku di belakangnya..).

    manakala, mengenai cara ibu ayahku mengongkong pergerakan kami adik beradik, aku pinta janganlah dipertikaikan.. walaupun, dulu aku selalu memberontak, kadangkala marah dengan tindakan ibu bapaku yang sering mengawal pergerakanku, kini aku berterima kasih pada mereka kerana berbuat demikian dulu. memang benar, dulu aku sering mencuri2 melakukan sesuatu, di luar pengetahuan mereka, kini, aku dah insaf, dan menyesali tindakanku dulu.. jangan disalahkan cara ibu bapaku mendidikku, kerana, kini baru aku nampak, mereka buat semua itu demi kebaikanku.. kalau benar anda ingin memberi pendapat, kritiklah tindakanku, bukan ibu bapaku..

    tentang bertegas dengan adik2, aku ada pendirianku sendiri. sebagai seorang kakak, aku rasa bertanggungjawab membentuk adik2adikku. walaupun aku meleteri mereke, aku sentiasa pastikan mereka dapat mesej yang ingin kusampaikan. aku bukan meleteri mereka, sekadar omong kosong. dan aku sentiasa pastikan mereka dapat apa yang mereka mahu, asalkan betul jalannya.

    ReplyDelete
  5. bedah, aku anonymous yg kat atas td. aku tak sekali2 mpertikaikn cara parents kau mbesarkan kau. malah aku sendiri nak jadi parent yang tegas. cuma aku risau budak skrg, kalau terlalu tegas dia akan buat secara curi. kalau buat yg elok cthnya curi pegi masjid sbb x nak sembahyang sorg bagus gak. ini tidak, curi buat benda yg tak elok. so sorry bedah, tiada sekelumit niat di hati nak pertikaikan cara parents kau jaga kau selama ni.

    ReplyDelete
  6. erk!papehal hal pon...selamat menjalani ibadah puasa!tata

    ReplyDelete
  7. It's ok.. terima kasih kerana sudi menegur.. nasihat anda amat dihargai. tanpa teguran macam ni, kadangkala, kita lupa nak muhasabah diri kita. :)

    ReplyDelete