Setelah lebih kurang dua minggu aku tidak menulis di sini, hari ini ada sedikit kelapangan bagiku mencoret sesuatu. Hari ini kumulakan pagi Isnin ku, dengan menyiapkan soalan bagi ujian pelajar-pelajarku malam esok. Nampaknya, aku (bersama seorang lagi rakan sekerjaku) terpaksa mengmbil masa berterawikh untuk mengadakan ujian ini. Apa yang mampu ku buat? Sememangnya kami sudah kesuntukan masa untuk mengadakan ujian ini. Ini kerana cuti sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.
Bila menyebut tentang Aidilfitri, terkenang aku tentang persiapan raya kali ini. Memandangkan ini raya pertama tanpa kehadiran arwah nenekku, mungkin kemeriahannya nanti kurang dirasai. Pada tahun-tahun yang lalu, aku mulai sibuk menjahit pakaian raya adik-adik dan ibuku apabila Ramadhan mulai menjelma. Namun, tahun ini, walau sudah 13 hari berpuasa, masih belum sempat ku sentuh kain-kain yang sudah kubeli bulan lepas. Raya tahun lepas, aku berpeluang membeli belah kain-kain ela di pekan Parit Buntar, sebelum memandu pulang dengan bungkusan besar kain-kain untuk kuhadiahkan buat keluargaku. Tetapi, tahun ini, aku hanya membeli sehelai dua di pejabat, sehelai dua lagi kubeli di pasar pagi di stadium, manakala selebihnya, kubeli dari kedai-kedai kain sekitar Shah Alam. Setelah kubeli kain-kain itu, tidak sempat pula aku mengguntingnya. Aku ada terfkir hendak mengambil cuti sehari dua sebelum raya, bagi menyediakan apa yang patut. Tapi, nampaknya tidak akan kesampaian kerana beberapa panggilan mesyuarat sudah kuterima. Nampaknya, aku akan berjaga 2-3 malam sebelum raya, bagi menyiapkan pakaian raya buat keluargaku..
Walaupun dalam kesibukan menjelang peperiksaan bagi pelajar-pelajarku, masih sempat aku meluangkan masa berbuka puasa bersama beberapa orang sahabat Sabtu lalu. Mujur persembahan projek pelajar-pelajarku sempat tamat sebelum waktu berbuka puasa. Dan mujur juga, Ana sudi menumpangkan aku ke hotel berkenaan, jadi tidak perlu aku memandu hari itu. Sesampai di sana, Epul dan Dayat sudah sedia menunggu. Walaupun aku rasa kurang puas berbuka di tempat sebegitu (mungkin kerana aku sudah tidak larat makan banyak, sedangkan banyak yang hendak kunikmati.. :P), namun, aku gembira kerana berpeluang berbuka bersama sahabat-sahabat yang suatu masa dulu, bersama susah dan senang semasa belajar dahulu.

finally... a blog title that is more than one word. congragulations. heheh.
ReplyDeleteRaya for me begins at around noon.
huk alah, kenapa aku baru tau ko pun ada blog?
ReplyDelete