Semalam, aku menerima sepucuk surat dari bahagian perjawatan UiTM, memanggilku untuk menghadiri sesi temuduga sebagai pensyarah. Walaupun aku sudah mula mengajar, jawatanku kini hanyalah sementara kerana dahulu aku belajar dibiayai biasiswa tenaga pengajar muda UiTM. Tiba-tiba aku jadi risau, takut, dan sedikit gembira.
Risau dan takut memikirkan keputusan temuduga tersebut. Kalau gagal, bagaimana? Itulah yang mengganggu tidurku malam tadi. Selama ini, aku agak liat untuk bangun di awal pagi, tapi pagi ini aku berjaya bangkit jam 5.00 pagi. Ini akibat dari tidurku yang terganggu dengan rasa risauku. Aku juga agak bimbang, sekiranya aku lulus temuduga itu nanti, adakah kemungkinan aku dihantar ke kampus cawangan.
Walaupun begitu, aku juga gembira dengan panggilan temuduga ini. Memang kutunggu panggilan ini, kerana dengan temuduga inilah aku layak dilantik ke jawatan tetap. Sedikit sebanyak, kegembiraan ini, mengurangkan sedikit rasa bimbang.
Aku mengharapkan doa dari sahabat2, agar perjalanan temudugaku lancar. :)

No comments:
Post a Comment