Hmm.. Hari yang paling tidak kugemari, Isnin.. Kenapa? Aku ambil prinsip Garfield barangkali, memang tidak kugemar hari Isnin.. Suasana Isnin, yang agak tidak ceria, ditambah pula dengan kepalaku yang agak berpusing, memang tidak menyeronokkan. Ikutkan hatiku, mahu sahaja aku pulang ke rumah, untuk berehat. Tapi, aku tidak boleh buat sesuka hatiku, kerana hari ini hari bekerja..
Kebosanan dan kemuraman Isnin ini, sebenarnya makin kurasai kerana malam tadi, aku berperang kecil dengan Akbar. Akhirnya, aku cuma mengambil keputusan untuk diam, dan memendam rasa.. Malas pula hendak kupanjangkan cerita, walaupun hatiku tak puas meluahkan rasa. Biarlah, perkara ini kuselesaikan lain hari sahaja. Aku tak mahu menambah kemuraman Isninku.. Mujur aku tak ada kelas hari ini, jadi aku tak perlu berdepan dengan pelajar dengan perasaan yang tidak selesa.
Bila kita fikirkan kembali, hidup ini memang seperti roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah.. Semalam aku gembira, hari ini, tiada ceria.. Anyway, buat semua yang membaca, senyum selalu.. :/

never go to sleep angry.
ReplyDeletewhat ever problems u may have, settle it.
not that i m the expert here, tp kalau sorang ambil keputusan utk diamkan diri bila tgh bergaduh kecil dgn couple kita, it will build a deeper hurt in the long run and that my dear, is not healthy for the relationship and for the people involved in the relationship.
men don't understand things. and when u say "takkan awak tak tahu/faham". seriously, diorg mmg tak tahu/faham. u have to dictate it to them A-Z. believe me, i know