Hello.. Hari ni, aku nak mulakan blog ni dengan senyuman.. Kenapa? Tidak perlu sebab untuk merasa gembira. Walaupun, aku menghadapi beberapa masalah kebelakangan ini, InsyaAllah, aku boleh atasi..
Aku malas hendak bercerita tentang kerja di sini, sebab rasanya aku gembira dengan tugasku. Selama ni, aku tak terfikir tentang perasaanku mengenai kerjaku. Hari ini, tiba2 Dr Noorlaila bertanya soalan,'Seronok mengajar?' Aku terkelu seketika sebab selama ni, aku cuma tau mengomel keletihan bila balik rumah. Aku sering merungut bila kerjaku menimbun. Tapi, tanpa kusedari, aku sebenarnya seronok dengan kerjaku. Aku suka mengajar.. Mungkin kerana aku dapat berkongsi pandangan bersama orang lain. Lagipun, aku memang suka berceloteh..
Tetapi, aku memang ada sedikit masalah untuk bersosial. Aku tak berapa pandai bergaul, lebih lagi dengan orang yang tak pernah kukenali. Malah, ibuku sering mengatakan yang 'Zaidah ni sombong..' Anyway, aku faham, masuk kandang kambing, mengembek.. Kalau aku mengaum, lari pula semua kambing2 nanti.. :p Kepada sahabat2 baruku (rakan sekerja di UiTM), harap dapat menerima aku seadanya..
Tiba2 aku teringat satu peristiwa yang membuatku tersenyum.. Sejak aku mula mengajar, aku mula membiasakan diri dengan gelaran 'Cik' dari pelajar2 ku. Memang ramai yang tersasul, memanggil ku dengan gelaran puan.. Aku tak kisah pun sebenarnya, sebab tiada apa yang hendak dirisaukan. Cuma yang membuatku tersenyum ialah jariku. Sejak seminggu lepas, aku mengenakan inai di jari2ku. Pada mulanya aku kenakan inai untuk mengubat jari kakiku yang patah sebulan lepas.. Alang2, aku kenakan sekali di jari2 tanganku. Yang membuat ku tersenyum ialah, sejak aku mengenakan inai, pelajar2ku yang sebelum ini telah bersusah payah memanggilku 'Cik' mula memanggilku 'Puan'. Hehehe.. Ingin ku isytiharkan di sini, aku masih single, ok? Masih jauh rasanya perjalananku untuk ke jinjang pelamin..
Ok lah.. Aku nak balik. Dah malam, aku masih di pejabat. Nanti ayahku risau pula. Jangan risau ayah, anakmu insyaAllah ok..

good to know that u r enjoying ur work.aku pun ada prob yg sama...x pandai bergaul....usually people tend to misintepret my words and/or my actions.....tp ko x yah risau la....i'm sure people have good perception of u....i know i do :)
ReplyDelete