Hari ini aku mulakan dengan senang hati. mungkin keberkatan hari Jumaat membawa kesegaran di mindaku. Membaca akhbar pagi ini, keratan mengenai katrina menarik perhatianku. Kemusnahan yang dialami rakyat USA nampaknya lebih teruk dari tsunami. Tapi apa yang aku rasakan jelik dan pelik, kerajaan negara itu masih seronok menghantar tentera menyerang negara lain. Sedangkan diri sendiri di ambang kemusnahan. Apa yang mereka fikirkan?
Sedang negara orang putih itu dilanda katrina, Jepun pula dijangka dilanda nabi.. Semasa membaca tajuk akhbar itu, aku agak kaget seketika. Mengapa pula negara menyembah matahari itu dikaitkan dengan nabi? Rupanya Nabi adalah nama angin taufan yang dijangka akan melanda negara tersebut. Lain pula kisahnya dengan orang Jepun, bila diramalkan kedatangan nabi, mereka menyangkal ramalan yang dibuat. Mengikut ramalan, nabi dikatakan bakal membawa kemusnahan yang teruk (ribut kelas 5) yang lebih teruk dari katrina, namun pakar di jepun mengatakan nabi tidak akan menyerang sedahsyat katrina.. hmm.. mungkin ini berdasarkan pengalaman mereka yang sering dilanda tsunami..
Walaubagaimanapun, kita sama2 lah doakan keselamatan orang Islam yang mungkin terlibat dalam kedua taufan tersebut.. Amin..

No comments:
Post a Comment