Hi.. kali ni, aku nak bercerita alkisah satu projek yang akan berlangsung di Kg Jenjarom. Inilah dia projek E-Village, yang secara langsung melibatkan aku sebagai salah seorang AJK dari fakulti TMSK. Aku terlibat sebagai orang ad-hoc aje, maknanya hanya bila diperlukan.. hehehe..
Projek ni adalah usaha untuk meng-E kan orang kampung di Kg Jenjarom tu lah.. Segalanya nanti akan diketahui umum juga. Tunggu aje lah berita mengenainya. Apa yang ingin aku kongsikan ialah pandangan peribadiku mengenai usaha seumpama ini.
Usaha mempertingkatkan keupayaan orang kampung menuju ke arah dunia ICT memang wajar dilaksanakan. Ia akan membantu orang kampung memajukan diri, seiring dengan bandaraya2 besar di Malaysia. Bayangkan, suatu hari nanti, seorang peniaga kedai runcit di kampung menggunakan sistem akaun berkomputer untuk semua urusniaga termasuk inventori dan jual beli. Canggih?? Belum lagi kita lihat, seorang pesawah mengawal alat penyembur racun elektronik dengan hanya menjenguk melalui tingkap sahaja. Alat kawalan jauh di tangan cukup membantu pesawah tua itu daripada bergerak meracun di tengah sawah.
Tapi, kadangkala, kita asyik terfikirkan tradisi kita. Kita kata, nanti anak cucu kita takkan kenal padi, tak tahu bentuk sawah.. Anak cucu kita tak mahu lagi berhempas pulas di tengah sawah, mencari rezeki.. Tapi, kita terlupa, tradisi hari ini, tentu juga pernah bermula satu masa dulu. Mungkin dulu, nenek moyang kita juga membantah kita mengguna mesin bajak menggantikan lembu pawah.. Mungkin??
Akhirnya, kita ikut juga perubahan. Jadi, apa salahnya jika kita yang memulakan perubahan itu? Lebih baik mendahului daripada mengikut saja. Bak kerbau yang dicucuk hidungnya..
:) renungkanlah..

yeah, i heard you were part of the project. one of your colleagues told me. it seems that ur new colleagues couldn't quite decide how to address you since there is another lecturer with the name zaida.
ReplyDeleteso, how does "zaida junior" seem to link in? ;-)
good luck with ur project
ReplyDelete