Assalamualaikum. Hari ni, aku ada kelapangan sedikit. Jadi adalah masa untuk aku melayari internet di pejabatku. Kelas ITS752 akan bermula jam 5.30 nanti. Jadi, aku curi sedikit masaku untuk ke berikan buat blog ini.. :)
Semangatku kini mulai pulih. Aku sudah mula berkeyakinan untuk memulakan kerjaya ku. Alhamdulillah, aku mula pandai menyusun waktu untuk kerja, keluarga dan diriku.
Aku telah pun mendapat surat makluman tentang majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada 10 Ogos nanti. Aku masih berkira2 bagaimana hendak ke sana. Pada mulanya aku malas hendak pergi. Tapi, bila mengenangkan, bukan selalu aku dapat naik pentas di USM tu, aku ubah fikiranku. Lebih2 lagi, aku telah lama tak bertemu sahabat2 ku di sana. Apa salahnya aku luangkan sedikit masaku.. Tambahan pula, aku tidak ada kelas pada hari tersebut.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi. Tapi, aku harus uruskan ibuku, kerana dia ingin mengikuti aku ke sana.. InsyaAllah, akan ku jejak juga bumi USM.. Buat kawan-kawan yang masih di USM, nantikan aku ye!!

No comments:
Post a Comment