Hi.. Dah agak lama aku x menulis di sini.. Aku agak sibuk menyesuaikan diri dengan situasi baruku, yang mana aku kini sudah bergelar seorang pensyarah.. Kali pertama masuk ke kelas, aku agak berdebar, memandangkan kini pelajar2 ku bukan lagi kanak2 berusia sepuluh tahun. Kini aku harus menghadapi 30 orang pelajar yang usianya tidak jauh dariku..
Apa perasaanku? Hmm.. Pada mulanya, aku agak takut. Takut tersilap kata, takut tersilap langkah.. Takutkan kesilapan.. :) Kemudian, aku mula rasa malu, malu sekiranya aku tersalah fakta, tersalah informasi. Tapi, seringkali kufikirkan, mengapa harus takut? Mengapa harus malu? Aku cuma menjalankan tugas. Sekiranya aku tersilap, aku boleh betulkan.. Sekiranya tersalah, aku boleh buat correction.. Kini, aku lebih bersikap mengambil risiko. Aku elakkan melakukan kesilapan dengan study sebelum masuk ke kelas.. Ini jalan selamat bagiku bukan?
Aku akan menulis lagi bila aku ada kelapangan.. Buat sahabat2 yang dah lama x dengar berita, silalah menulis email buat ku.. InsyaAllah akan aku balas..

No comments:
Post a Comment