Daisypath Anniversary tickers

3 April 2005

Cuaca di Penang

Sejak dua tiga minggu ni, di Penang selalu hujan waktu lewat petang. Padahal, pada waktu tengaharai, terlalu terik matahari, sampai nak buka mata pun tak larat. Dah tak boleh nak guna peribahasa 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'. Bukan tak boleh kerana lapuk dek hujan, tapi, memang dah ku jangka akan hujan tiap petang :)

Hari ini, aku telah pergi ke PC Fair di PISA. Buat pertama kalinya, aku pergi ke PC Fair di Penang. Selama ini, aku cuma pergi ke PC Fair di PWTC, Kuala Lumpur.. Maklumlah, selama ni, memang dunia ku di sana sahaja.. (Kecuali zaman sekolahku di Jenan) Sebelum ke sana, aku membayangkan suatu keadaan yang tak berapa sibuk, dan tidak banyak booth yang disediakan. Aku tak nampak kemungkinan ramainya orang yang akan pergi ke PC Fair di Penang. Memandangkan penduduk Penang sahaja yang akan membanjiri tempat itu.. Mungkinkah ada penduduk luar Penang juga datang?

Tetapi, sesampai di sana, aku agak terkejut.. Kerete beratur hendak memasuki kawasan PISA. Wah! Mungkin aku tak dpat tempat meletak kereta nanti.. Memang betul. Agak mengambil masa juga mencari tempat parking. Akhirnya, mujur ada satu tempat kosong di depan Pusat Akuatik. Setelah masuk ke dalam, aku bertambah terkejut. Ramainya orang?! Memang di luar jangkaanku. Seperti di KL juga, aku terpaksa menyelit di celah2 manusia untuk bergerak dari satu booth ke booth yang lain.. Rasa seperti nak keluar sahaja dari tempat itu.. Tapi, bila memikirkan aku telah membayar RM2 untuk masuk kawasan parking tadi, aku membatalkan niat ku. Tak mengapa lah, sekurang2nya, aku dah sampai di sini.. Baik aku lihat apa yang ada..

Setelah meninjau2, kudapati banyak harga barangan komputer di pasaran telah jatuh. FlashDrive, yang dulunya berharga sekitar RM100 untuk 128MB, kini, hanya bernilai RM40an. Malah, yang paling menggeramkan aku, harga modem ADSL D-Link yang tahun lepas kubeli dengan harga RM270, kini cuma berharga RM150. Bukan main lagi. Harganya jatuh sehingga separuh. Aku tertarik dengan PDA Phone yang dijual oleh PALM. harganya RM1888. Hmm.. Tak mungkin aku dapat membelinya sekarang.. Lebih2 lagi, aku tidak memerlukannya. Tapi, mungkin suatu hari nanti, bila harganya turut jatuh, aku mampu memilikinya.. :)

No comments:

Post a Comment