Daisypath Anniversary tickers

4 April 2005

Cinta Terbagi 5

Drama Indonesia yang aku ikuti setiap Isnin at jam 2.30 pm. Drama ini pada mulanya menarik perhatianku kerana plot watak yang berbagai, ceria dan berkisar tentang kasih dalam sebuah keluarga. Namun, setelah mengikuti siri drama ni, aku rasa semakin mengarut, tapi tetap aku ikuti sebab ingin tahu kisah sebenarnya..

Drama bersiri ini, mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai lima orang anak (dua anak tiri si ibu dan tiga lagi anak kandungnya). Icha dan Reno anak kepada Pak Indra, hidup bersama papa, ibu tiri dan tiga lagi adik tiri mereka, Ana, Rio dan Indah. Pada mulanya, kisah ni agak menarik ditonton kerana kepelbagaian watak dalam adik beradik ini.. Tapi, kini, ceritanya menjadi musibah. Indah dan Rio, melarikan diri dari sindiket menculik anak kecil untuk menjadi pengemis. Ana pula, diculik oleh sindiket pelacuran yang menjual anak2 gadis. Anak tiri, Icha dan Reno dihalau dari rumah.. Icha diperkosa berkali2 oleh bapa kawannya. Itu pun, setelah Icha meninggalkan satu kumpulan punk yang tinggal di jalanan. Si bapa, dah meninggal dunia. Si mama, ke hulu ke hilir mencari anak2nya. Logik jalan cerita ni? Aku pun dah tak nampak kelogikannya.. Sebab, Indah dan Rio, berkawan dengan toyol untuk melarikan diri. Semua kejadian yang menimpa anak2nya, macam keterlaluan, sebab dugaan yang menimpa si mama terlalu berat.

Bila bercerita tentang dugaan hidup, aku teringatakan satu kata2 ustaz yang berceramah di tv. Katanya, Allah tidak akan menimpakan suatu dugaan ke atas seseorang hambanya, melainkan Dia tahu hambanya itu mampu menghadapi dugaan itu. Contoh dalam realiti yang kita boleh lihat, semasa kejadian tsunami 26 Disember lalu. Seorang cikgu, kehilangan kesemua ahli keluarganya dalam kejadian tersebut. Namun, cikgu tu pasrah dengan keadaan masa tu. Kalau kejadian tu menimpa kita, belum tentu kita boleh bersabar begitu.. Maknanya Allah lebih mengetahui kekuatan hati hambanya dari kita..

Jadi, bila kita ditimpa musibah, kita tak sepatutnya meraung, menangis teresak2, atau menyalahkan takdir. Sepatutnya, kita berfikir dari sudut lain, Allah menimpakan musibah itu untuk menguji kita. Allah tahu kita boleh dan mampu menghadapinya. Bila kita berfikir begitu, ini mungkin akan menguatkan diri kita menghadapi musibah tersebut. InsyaAllah, kita akan berjaya menghadapi semua aral yang datang dalam hidup kita, kan? ;) Bila kita fikirkan kembali, mungkin itulah sebenarnya, kekuatan orang Islam.. Bila kita cuba bezakan reaksi orang non-Muslim menghadapi kejadian tsunami baru2 ni (seperti yang disiarkan dalam berita di tv), kita dapat lihat, masyarakat Islam kurang yang meraung2 meratapi kematian.. Nah.. kan kita dapat lihat kekuatan Islam itu sendiri? Alhamdulillah..

Berbalik kepada drama bersiri Indonesia yanga aku ikuti tu, sebenarnya, aku rasa jalan ceritanya terlalu jauh terpesong.. Tak tau lah, memang ada masyarakat yang sebegitu, ataupun cuma rekaan penerbit sahaja. Tapi, setiap insiden yang berlaku kepada setiap anak2 itu, memang sebenarnya kes2 biasa berlaku dalam dunia kita sekarang. Cuma, kebarangkalian kesemua perkara tersebut berlaku ke atas sebuah keluarga, hmm.. macam tak logik lah pulak.. Tapi, kalau ia adalah garapan dari cerita sebenar, siapa tahu??

No comments:

Post a Comment