Daisypath Anniversary tickers

3 April 2005

1st time blog

Hari ni, buat kali pertama, aku melibatkan diri dengan bloggers ni. Dah lama sebenarnya, teringin nak meluahkan pendapat, idea, pengalaman, bersama orang lain.. Tapi, sebelum ini, aku agak takut berbincang secara terbuka.. Mungkin selama ni, aku seorang yang kolot.. :)

Bagaimanapun, hari ni, aku dah berjaya melawan ketakutan yang tidak berasas tu, untuk memulakan blog ni. Tahniah! Nak memulakan sesuatu, memang lah payah.. Susah sekali.. Idea banyak, tapi, bukan main susah lagi nak meluahkannya..

Bila difikirkan dengan teliti, langkah pertama ini mungkin melibatkan perubahan yang besar dalam hidupku. Wallahu A'lam.. Kita semua tak pernah tahu apa yang bakal terjadi pada diri kita, tapi, kita lah yang mesti menentukan kehidupan kita. Apa sahaja yang mungkin ditakdirkan, bukan hak kita nak menentukannya.. tapi, kita masih diberi pilihan untuk melakukan apa sahaja dalam hidup kita. Asalkan kita mengikut landasan yang betul, InsyaAllah, kita selamat, kan?

Namun, aku pasrah dengan apa sahaja yang bakal berlaku..

No comments:

Post a Comment