Dendam? Hmm.. Aku terfikir tentang perkara ni, setelah menonton drama bersiri di TV1, Rafflesia. Drama lakonan Rita Rudaini yang aku anggap berkesan sebab ia berjaya membuat aku menyampah dengan watak Akma. Punca dendam, memang diakui, hidup Akma malang sejak kecil.. Tinggal di kampung bersama makcik yang membenci. Kemudian, berkahwin dengan Datuk, dibelinya semua tanah di kampung sebagai membalas dendam. Akhirnya, mkacik yang didendami, tinggal merempat di tanah sendiri.
Setelah berkahwin, diceraikan kerana salah faham. Dendam pula dengan si suami. Hendak dilingkupkan empayar pembinaan milik Datuk. Nampaknya dendam Akma semakin melampau.. Ayatnya, 'Sebelum menjadi mangsa, lebih baik jadi pemangsa..' melambangkan betapa kotornya hati Akma. Tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada.. Hendak memalukan semua makhluk yang pernah mengusik hidupnya. Berbaloikah menjadi manusia sebegitu? Hmm.. Aku tak nampak keperluannya.
Bukankah lebih baik Akma memilih jalan, bergembira dengan apa yang dimilikinya? Setelah diceraikan, dia bukan hidup sehelai sepinggang.. Harta sepencarian dibahagi dua. Masih lagi mahu memalukan lelaki, yang pernah membawanya keluar dari kehidupan dianiaya makcik semasa di kampung. Sekurang2kurangnya, bersimpati dengan keadaan ex-suami, yang dalam keadaan tidak sihat..
Betul, kadang2 kita mempunyai kemarahan yang terpendam, akhirnya menjadi dendam. Tapi, bahagiakah kita hidup dengan dendam itu? Entahlah.. Aku memilih kehidupan yang tenang, tanpa dendam, tanpa kebencian.. Aku lebih selesa dengan ini.. (",)

No comments:
Post a Comment