Daisypath Anniversary tickers

20 August 2011

Kembali berjuang

Perjalananku sebagai pelajar bermula kembali. Setelah dua bulan (sebenarnya sembilan bulan...) aku kurang fokus pada pengajianku, kini aku wajib teruskan perjuangan. Memang susah menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pada masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan anak. Mujur juga encik suami kuat memberi sokongan (kadangkala sokongan terlalu kuat. hehehe). Sejak Zakwan lahir dalam hidup kami, tanggungjawab sebagai ibu telah bertambah. Tumpuanku kini bukan sahaja untuk Balqis, malah Zakwan memerlukan lebih perhatian. Namun, pengajianku lebih lagi memerlukan masa dan tenagaku.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Aku sangat memerlukan semangat yang berterusan dalam pengajianku. Sudah habis lapan bulan, aku masih belum dapat menghasilkan satu proposal yang jitu. Azamku, sebelum cuti raya, aku dapat menyiapkan sebuah proposal untuk kubentangkan kepada Prof M. Aku kagum dengan semangat Prof M. Walaupun dalam keadaan tidak sihat, beliau tetap mengambil berat tentang pelajar2 nya.

Antara langkah pertamaku untuk mendapatkan kembali momentum sebagai pelajar, aku telah mengikuti sebuah bengkel LR yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat Doctorate Support Group (DSG) di FB. Dr Othman Talib, penceramah dari UPM, yang juga merupakan senior Jenan, telah menyuntik semangat yang tinggi dalam pengajianku. Walaupun beliau bukanlah dari bidang yang sama denganku. Hasil bengkel tersebut, aku dah berjaya menulis draft tesis. Hehehehe, namanya pun draf. Isinya masih belum ada. Cuma aku sediakan kerangka untuk ku isi selepas ini.

Selain itu, aku juga telah mendapat ilmu baru tentang aplikasi dropbox. Kini, aku cuma perlu menulis tanpa merisaukan di mana harus kusimpan file2 yang hendak kugunakan dalam tesisku. Terima kasih kepada teknologi di awan (cloud computing) yang kini membolehkan aku bekerja di mana-mana tanpa perlu risau tentang lokasi file tesisku.

Ok, aku perlu berhenti menulis dahulu. Hendak solat isya' kemudian sambung study. :)

No comments:

Post a Comment