Daisypath Anniversary tickers

6 May 2011

Status..

Sungguh ku terkilan, bila ada pihak yang tidak memahami statusku sekarang.. Perasaan ini tiba pabila ada pihak yang mengeluarkan kata-kata seperti "ko kan tengah cuti, bukan banyak kerja nak dibuat.." Aduh! Lebih terkilan lagi bila kata-kata itu datang dari golongan terpelajar, bukan calang-calang orang..

Biarku perjelaskan di sini, sekiranya mahu cuba memahami.. Status cuti belajar yang sedang kusandang sekarang, bukanlah bermakna aku sedang goyang kaki, bercuti. Cuti belajar selama tiga tahun yang diberikan (bagiku tidak cukup tiga tahun memandangkan aku akan cuti bersalin pula..), adalah amanah yang diberikan oleh majikanku, untuk mengeluarkan satu tesis yang kukuh dan layak dianugerahkan ijazah kedoktoran pada akhirnya nanti. Amanah ini diberi bersama gaji yang masih dibayar, dengan anggapan gaji bulananku ini adalah sebagai upah aku bekerja menghasilkan tesis itu. Ditambah pula dengan biasiswa yang diberi dengan beranggapan gaji bulananku tidak cukup sebagai upah, maka majikan membayar elaun bulanan sebagai bayaran untuk kerja-kerja itu. Bukankah itu bermakna, tanggungjawabku yang sedang kusandang lebih besar daripada ketika aku tidak berstatus cuti belajar? Bukankah itu bermaksud, aku akan  lebih berdosa kerana makan gaji dan elaun sedangkan aku sedang duduk bersenang lenang, ber'cuti'? Tolonglah faham, wahai golongan terpelajar!

Dan bagi aku, yang kini sudah mempunyai keluarga, seorang anak kecil (dan seorang lagi akan lahir bulan depan), menjadi seorang pelajar bukanlah perkara yang mudah. Sungguh ku akui, zaman sebagai pelajar ketika peringkat sarjana dulu sungguh senang jika nak dibandingkan dengan sekarang. Berbagai dugaan, Allah beri untuk menguji kekuatan dan ketabahan hambanya. Jadi, bagi golongan terpelajar yang masih tidak memahami kepayahan dan kesusahan menyambung pengajian sebagai seorang pelajar, sila mulakan langkah pertama dengan memohon tempat, dan cuba lalui sendiri liku-liku ke arah kesarjanaan ini. Mungkin anda agak susah hendak belajar dari pengalaman orang lain, dan hanya boleh memahami dengan pengalaman sendiri.. Tapi, ketahuilah, orang yang bijak akan belajar dari pengalaman orang lain, bukan dari pengalaman sendiri sahaja...

2 comments:

  1. zyda, this type of people maybe smart, but they are unwise ;)

    ReplyDelete
  2. yup.. this is very true.. terpelajar mungkin bererti mempunyai kelayakan atau ijazah tinggi. but wisdom is hegher than than that. having these qualifications doesn't mean that you are having the wisdom, right?

    ReplyDelete