Kali pertama, beraya sebagai seorang isteri. Pengalaman baru, yang memang bermakna. Sepanjang hidup aku, setiap kali Syawal menjelang, aku akan sibuk menjahit baju raya buat adik-adikku. Kali ini, tak berkesempatan. Aku cuma sempat membawa mereka ke Kompleks PKNS dan CitiTrend untuk memilih baju kurung. Perjalanan hari rayaku...
Sehari sebelum raya
Aku dan abang sudah pun berada di rumah Ummi. Abang masih perlu ke pejabat kerana tak dapat memohon cuti. Pagi-pagi, ku lihat Ummi sudah mula sibuk berkemas. Aku membantu sedikit sebanyak. Yang mana aku mampu sahaja. Ummi pula sibuk membuat ketupat palas. Ingin belajar cara membuatnya tapi, takut rosak pula ketupat palas Ummi. Shima juga sibuk di dapur. Akak dan Abby keluar ke KL mencari barang keperluan hari raya. Menjelang petang, Akak membawa Ejun, Aizad dan Azran mencari baju raya. Malam raya, kami menziarahi Nenek di PJ dan kemudian aku dan abang pulang ke rumah Mak.
Raya Pertama
Selepas subuh, bertolak balik ke kampung. Pengangkutan: Baby Wira dan Waja ayah. Sampai di kampung, semua dah ada di sana. Meriah sungguh pagi raya. Wah... gembiranya. Tengahari, bertolak ke Sungai Besar dan Sabak Bernam. Menjelang malam, kami sudah tiba semula di Shah Alam. Recharge semula tenaga, untuk ke Perak pula esoknya.
Raya Kedua
Pagi-pagi, bertolak pula ke Kampar. Kali ini, kami cuma balik berlima menaiki Waja ayah. Mak, Afiqah dan Nurul tinggal di rumah. Satu lagi hari raya yang gembira berakhir dengan singgah di rumah Ummi kerana Ayah nak beraya di Gombak.
Raya Ketiga
Selepas subuh, aku menghantar abang ke Kelana Jaya. Terpaksa bekerja kerana tak dapat cuti. Aku pula pulang ke rumah menyiapkan pakaian hendak dibawa ke Kedah esoknya.
Raya Keempat
Sambil mendengar azan subuh berkumandang, aku, abang, Abby dan Shima menaiki Baby Viva. Ummi, Ejun dan Azran menaiki Satria Kak Nana. Bertolak ke Sik, Kedah untuk mengunjung adik beradik Ummi di sana. Sampai di rumah Pak Lang waktu Zuhur, menziarahi Mak Wa dan Mak Ngah. Puas berjalan sekitar Sik, kami pulang ke Kulim. Terima kasih buat Abang Ji dan Kak Ima yang menjadi tourist guide kami sepanjang perjalanan. Bermalam di Seri Malaysia Kulim yang perlu banyak perubahan. Perkhidmatan yang kurang baik membuatkan kami semua tak mau lagi berkunjung ke sana di lain masa.
Raya Kelima
Abang Ji dan Kak Ima menghidangkan Nasi Lemak dan Bihun Goreng yang sedap sebagai sarapan pagi kami. Wah... Selesai dijamu, Mereka sekeluarga turut bersiap untuk meneruskan jalan-jalan beraya sekitar Kulim dan Penang. Singgah di rumah Abang Uzir dan meneruskan beraya di beberapa buah rumah lagi. Kemudian Abang Ji membawa kami ke Penang, menaiki feri. Wah.. aku gembira sangat, rasa seperti pulang ke kampung. Setahun di USM dulu memang kenangan begitu indah. Sempat melawat Masjid Terapung dan makan-makan di Padang Kota.
Raya Keenam
Bertolak ke Parit Buntar. Sebelum bertolak, Kak Ima bekalkan aku dengan seplastik apom melenggang. Aku ada menyebut hendak makan apom melenggang. Agaknya dia fikir aku sedang mengidam. Hehehe... Thanks a lot, Kak Ima. Satu lagi hari yang gembira kerana dapat beraya di rumah makcik-makcik abang yang sporting dan best. Akhirnya tiba di Gombak semula jam 11.00 malam. Penatnya....
Raya Ketujuh
Hari berehat buat aku dan abang. Hari cuti dah nak berakhir. Pulang semula ke Bukit Kuda. Hingga sekarang, aku masih tersenyum kerana gembira berhari raya... :)

No comments:
Post a Comment