Waahh.. lagi seminggu je nak raya. Aku masih lagi dalam mode belum bersedia nak raya.. Some checklist yang sudah dan belum dibuat:-
- Baju raya ; hehehe... dah tua-tua pun sibuk nak beli baju raya. Anyway, terima kasih pada abang sbb dah belikan aku baju raya. Dan aku dengan jayanya sudah menambah dua pasang lagi masa menemankan adik-adikku membeli baju raya.. Shop till you drop..
- Kuih raya ; ala... cukuplah apa yang ada kat rumah. Abang beli pada ummi. Tapi, masalahnya, kuih raya yang dibeli tu sedap sangat, dah abis setengah aku dan abang makan waktu berbuka. :P
- Langsir ; Konon-konon nak cantikkan rumah, nak jahit langsir baru. Aku dah beli kain, tapi masih belum berkesempatan nak menjahitnya. Kalau desparado sangat nanti, akan ku titipkan ke Aishah tolong jahit. Hehehe..
- Cuci akuarium ; aku dah minta tolong dengan abang, untuk kerja yang satu ni.. Tak larat nak angkat air ke depan rumah. Tapi, nampak gayanya aku kena buat sendiri. Abang sibuk 24 jam... :(
- Duit raya ; yang ini, aku dah sediakan.. tapi, khas untuk anak-anak kecil sahaja ye? Yang dah lebih 12 tahun tak boleh minta... :P
- Rumah terbuka ; haaa.. ni nak bagitahu, kemungkinan besar aku tak akan buat rumah terbuka macam selalu. Almaklum saja, aku dah tak lagi tinggal dengan mak. Jadi, kalau nak datang, sila beritahu. Supaya boleh aku beri alamat.. :D


'Duit raya ; yang ini, aku dah sediakan.. tapi, khas untuk anak-anak kecil sahaja ye? Yang dah lebih 12 tahun tak boleh minta...'
ReplyDelete- nasib baik saya x cukup umur 12 tahun lg..hehe