Minggu lepas, seorang lagi bekas pelajarku menelefon untuk mengkhabarkan berita sedih, putus cinta. Yang membuatku agak terkilan ialah, bekas kekasihnya juga bekas pelajarku. Mereka sama-sama menjadi pelajarku dulu. Hmm.. Bercinta di zaman IPT, belum tentu berakhir seperti yang kita mahukan. Aku sendiri kan pernah mengalaminya? :p Ingin ku nasihatkan bekas pelajarku ini, agar jangan terlalu kecewa. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. InsyaAllah akan ditemukan dengan orang yang sepatutnya. Mungkin mengambil masa untuk mengubati luka di hati tu, tapi percayalah, anda akan lebih berbahagia jika dapat memaafkan dia. Malah, kenangan dulu akan menjadi iktibar dalam setiap keputusan yang akan diambil pada masa hadapan. Sekurangnya, apabila anda bertemu dengan seseorang yang lebih baik, anda akan rasa sangat bersyukur. Seperti apa yang kurasakan kini.. Syukur alhamdulillah.. (",)
Ada teman yang pernah mengatakan, sebelum bertemu dengan jodoh kita, kita akan ditemukan dengan berbagai jenis manusia yang akan mematangkan kita. Jadi, jangan susah hati apabila putus cinta.. Cuba maafkan dia ye? Waahh... macam nak jadi Dr Love pula. Sebenarnya, pengalamanku belum cukup banyak untuk menobatkan diri sbg Dr Love. Sekadar hendak berkongsi rasa dengan adik-adikku..

No comments:
Post a Comment