Pagi, kami ke Pusat Pengajian Siswazah. Layanan yang diterima? Agak menyedihkan. Pegawai di sana bercakap, acuh tak acuh. Kami disuruh pula ke fakulti (yang entah di mana pula letaknya...) Kami tawaf UKM hanya hendak mencari fakulti. Kemudian, tiada sesiapa pula di pejabat fakulti. Malah yang ada cuma seorang dua kerani, yang tidak mahu melayani sesiapa di kaunter fakulti. Kami terpinga-pinga hendak ke mana pula.. Tidak cukup dengan itu, timbul pula masalah ketika hendak mendaftar kolej. Disebabkan program yang diikuti Aisha adalah program siswazah, kononnya mesti tinggal di kolej luar. Aisha berusaha mendapatkan kolej lain di dalam kampus. Alhamdulillah, ada rezekinya. Tapi, disebabkan Aisha sudah mengambil kunci untuk kolej di luar tu, Aisha didenda pula kerana hendak check-out dari situ. Sampai RM150, bagi kesalahan (yang aku tak tahu dari segi apa kesalahan itu...) Sedangkan dia belum pun masuk ke bilik itu. Pelik sungguh!
Hmm.. cukuplah aku komen tentang itu. Aku tahu, ini masalah bisa dilalui oleh sesiapa. Namun, aku tetap tak berpuas hati tentang denda tu. Di mana rasionalnya denda dikenakan sebanyak itu, bagi kesalahan yang bukan kesalahan? Atau, wang denda itu cuma konspirasi kerani yang rasa terbeban kerana terpaksa menekan satu butang pada papan kekunci komputer bagi menukar status pelajar di dalam sistem? Wallahu A'lam..

ala UKM mmg cm tu...banyak sgt dendanya.dulu masa kita blaja sana pun mmg gitu.skrg nak konvo pun jubah kena sewa smpi rm135.tak rasional sungguh la.sb sewa je pun bukannya beli.hahaha.sabar je la kan.pesan kat adik,nnt hati2 dgn lecturer.very protokol.jgn terkejut lak.daaa...:) selamba jek aku ngumpat uni aku.
ReplyDelete