Daisypath Anniversary tickers

3 January 2008

Hari terakhir..

Hari ni, hari terakhir usia aku berada di angka 26. Usia bertambah lagi satu angka. Perasaanku? Keberatan meninggalkan angka 26.. Hehehe.. Tak sedar diri sungguh aku waktu ni. Tak mahu mengaku diri sudah berusia, seharusnya aku lebih matang, kan?

Selama hidupku selama 26 tahun, apa yang telah ku lakukan? Adakah aku sudah mencapai apa yang hendak ku capai? Selesaikah semua hutang piutangku? Tercapaikah semua keinginanku? Hmmm.. Bagaimana dengan cita-citaku?

Sewaktu usiaku baru sepuluh tahun, aku pernah bercita-cita menjadi seorang guru. Menginjak ke usia sebelas tahun, aku ingin menjadi doktor. Usia dua belas, aku ingin menjadi seorang saintis yang tersohor. Kini, selepas empat belas tahun, aku rasa sudah mencapai cita-cita untuk menjadi guru. Saintis dan doktor, hmm.. terkubur begitu sahaja lah gamaknya.

Baru-baru ini, aku suarakan pada ayahku, kononnya tahun ni, aku nak menjadi seorang guru yang garang.. Hehehe.. Bukan apa, aku sudah letih diperkotak katikkan oleh pelajar yang kadangkala melampaui batas. Dengan selamba ayahku bersuara, 'ayah nak jadi guru yang efektif'. Wah! Terasa bagai tertampar dengan kenyataannya itu. Betul juga.. Lebih baik menjadi guru yang efektif, daripada guru yang garang, kan? :D Oleh itu, mulai esok, aku akan cuba menjadi seorang guru yang efektif.. (Hehehe.. ala2 azam baru gitu..)

Kini, aku mengalukan kedatangan 2008. Tahun ini, bakal menyaksikan beberapa lagi teman menukar status dari single ke double.. :) Antaranya Elly, Lina, Aida, Epul, Afdal, Rizal dan ramai lagi. Selamat kuucapkan buat semua. Tahniah in advance, guys! Nampak gayanya makin kuranglah teman-teman hendak diajak menonton wayang..

Aku sudah mula merancang perjalanan 2008 ku. Biasalah, perancangan hendak merealisasikan niat untuk menyambung pengajian, yang sudah bertahun tidak juga kucapai. Sudah berkali-kali aku 'renew' azam yang satu itu. Mungkinkah tahun ini akan tercapai? Tapi, aku masih lagi mencari-cari di mana 'research interest'ku. Ada sesiapa ingin memberi cadangan? :D

Oh ya.. Menjelang usiaku yang akan meningkat, ingin ku nyatakan di sini, aku ingin meminta ampun dan maaf atas segala salah dan silapku selama ini, sengaja ataupun tidak. Terutamanya buat teman-teman yang mungkin pernah aku sakiti, terasa hati, tersilap kata, termakan atau terminum, terumpat, atau pernah berselisihan faham. Aku mahu mulakan semula, tanpa sebarang buruk sangka terselit di hati. Jika ada talian persahabatan yang sudah renggang, ku harap dapat kita jalinkan semula agar silaturrahim tidak terputus langsung.

No comments:

Post a Comment