Daisypath Anniversary tickers

26 December 2007

Pencapaian?

Awal pagi, seperti biasa aku mendengar siaran Malaysia Hari Ini (mendengar je la.. sebab sibuk bersiap nak ke pejabat). Perbincangan hari ni tentang pencapaian yang telah dicapai sepanjang 2007. Aku termenung seketika. Apa pencapaianku? Masuk ke dalam kereta, aku mula memandu. Hot FM pula menjadi halwa telinga. Sekali lagi, topik perbincangannya pencapaian anda pada tahun 2007. Apa pencapaianku? Ok.. ok.. apa ek pencapaianku? Sedikit yang ingin ku kongsi..



Keratan cerita ku tidak mengikut kronologi ye? :)

1. Aku berjaya membazirkan hutangku untuk kamera idamanku, Sony Cyber-shot T2. Ke mana sahaja, T2ku ada bersama, jadi ini gambar yang kuambil ketika aku kebosanan menunggu adikku. Mungkin ada sesiapa boleh meneka di mana aku berada?

2. Aku dapat menghabiskan masa 4 bulanku di luar negara, tanpa perlu memeningkan kepala dengan masalah politik di pejabat. Sambil itu, aku dah dapat menimba pengalaman bekerja dengan 99 sahabat lain di India, dan kini aku dapat ramai adik-adik baru, Lily, Juju, Edot, Yan, Dik Da, Ieja, Yana, Nora, Pian, Syafiq, dan ramai lagi lah... Seronok jadi muda semula buat sekejap waktu.


3. Ini pencapaianku, atau wajarkah aku katakan pencapaian? The best thing happens to me this year is, falling in love with this man.. Doaku, kami kan bahagia..




Posted by Picasa


5 comments:

  1. insyallah semoga hubungan yang baik sentiasa dirahmatinya, sebab hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  2. pencapaian terakhir tu yg x tahan tu.. hhehe.. smg bahagia selalu.. tp apesal yg no 2 tu nama saya xde?sedeynyer.. hihihi..

    ReplyDelete
  3. cantiknye awk masa b'gmbr dgn zaid tu..suka sgt tgk..terserlah aura gembira..best2..semoga ceria2 sokmo..hehe..

    ReplyDelete
  4. mende la palie... nama awak ada la, dlm 'dan ramai lagi'... :D

    ReplyDelete