Daisypath Anniversary tickers

7 October 2007

Kekosongan telah diisi

Gadis itu akhirnya mengalah. Hatinya, sudah tidak kosong lagi. Alhamdulillah, seorang lelaki telah berjaya mengubati luka yang banyak berceloreng di hati itu. Kisah-kisah cinta tak menjadi, boleh dibukukan atau dijadikan satu drama bersiri. Si gadis sentiasa berharap kali ini yang terakhir.

Pertemuannya dengan si jejaka, bukanlah sesuatu yang dirancang rapi. Perkenalan sudah begitu lama, tapi kasih baru saja berputik. Kadangkala, si gadis terfikir juga, bagaimana kalau kali ini tiada beza dengan yang lain? Adakah juga bakal mencalar luka yang lain? Namun, hidup tidak bererti tanpa sebarang risiko. Mungkin juga kali ini berbeza..

Perkenalan boleh dikira sejak usia belasan tahun. Namun, si jejaka tidak pernah singgah di hati. Pernah bertemu muka, tapi tidaklah begitu mesra. Nama dan wajah itu, pernah juga singgah di kepala, dan terselit dalam secebis ingatan dalam kotak fikiran.

Bermula dengan pertemuan semula yang diatur oleh teman yang gemar menjadi telangkai, sedikit demi sedikit membuahkan rasa sayang. InsyaAllah, perasaan itu akan terus disemai agar tidak terluka bagai kisah sebelumnya.

Si gadis sudah letih dengan karenah lelaki. Sudah penat setia pada yang tidak setia. Sayang pada yang tidak sungguh-sungguh menyayangi. Jatuh hati pada orang yang tak berani meluahkan rasa hati. Namun, nampaknya dia masih tidak serik. Mungkin semua itu akan menjadi pelajaran untuknya, agar tidak membiarkan diri terluka lagi. Atau itu semua petunjuk dari Ilahi, bahawa mereka bukanlah insan yang dicari.


Sekadar berkongsi kisah seorang gadis... :)

5 comments:

  1. sekadar nukilan/pandangan seorang sahabat...

    "wahai si gadis, kulihat dirimu ingin maju melangkah. namun, hati ini terdetik, menukil harapan yang dirimu telah terbitkan peluang menghalusi dan belajar mencintai diri sendiri.

    wahai si gadis, berpesan-pesanlah pada diri mu, adalah baik cinta dipupuk pertama sekali untuk dirimu sebelum membuka laluan hati kepada yang lain.

    wahai si gadis, walaupun empuk bahagia dapat dikecapi tatkala dirimu dibuai manja si jejaka, ia bagai hujan panas disiang hari kiranya rasa hati dibina dalam alpa dan kabut.

    aduhai si gadis, masakan rasa syahdu kiranya pintu hati sekadar dibuka agar tiada rasa kosong. janganlah dirimu berpusu mengganti tanpa menilai baik dan rosaknya.

    sesungguhnya Allah adalah kekasih mutlak dan tidak pernah putus cintaNya pada mu. beristikharahlah wahai si gadis. semoga ini jodoh kekal dan barkat untuk mu wahai si gadis, yang hatinya telah kerap kali dirobek sang-sang jejaka yang alpa dan buta hati".

    insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Alhamduillah,
    aku tumpang gembire utk si gadis...
    *(^_^)*

    ReplyDelete
  3. harap2 si gadis x luper menjemput bekas3 anak murid makan nasik minyak nnT :P

    ReplyDelete
  4. Permata Yang Dicari
    Album : Insan Istimewa
    Munsyid : De Hearty

    Hadirnya tanpa kusedari
    Menggamit kasih cinta bersemi
    Hadir cinta insan padaku ini
    Anugerah kurniaan Ilahi

    Lembut tutur bicaranya
    Menarik hatiku untuk mendekatinya
    Kesopanannya memikat di hati
    Mendamaikan jiwaku yang resah ini

    Ya Allah
    Jika dia benar untukku
    Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
    Jika dia bukan milikku
    Damaikanlah hatiku
    Dengan ketentuan-Mu

    Dialah permata yang dicari
    Selama ini baru kutemui
    Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
    Apakah dia kan kumiliki
    Tidak sekali dinodai nafsu
    Akan kubatasi dengan syariat-Mu
    Jika dirinya bukan untukku
    Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

    Ya Allah
    Engkaulah tempat kubergantung harapanku
    Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

    ReplyDelete
  5. si gadis.... sebagai sahabat pena, aku tidak ingin melihat engkau derita... aku ingin lihat engkau bahagia di samping si jejaka yang tersayang...

    suka aku ingatkan dirimu wahai si gadis, usah dilupakan Yang Maha Esa, selalulah berdoa agar kesetiaan yang diharapkan, kebahagiaan yang diimpikan dan jodoh yang dicari-cari akan menjadi kenyataan...

    aku juga insan biasa yang juga pernah dilukai dan melukai hati seseorang... namun aku pasrah... kutahu ada hikmah di sebaliknya...

    si gadis... sebelum jari jemari aku terhenti menari, pesananku buat kali terakhir, janganlah terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada si jejaka, kelak engkau yang merana... namun aku percaya, si jejaka tidak sesekali akan merobek hatimu kali ini... hatinya jujur dan ikhlas... aku percaya....

    si gadis... doaku semoga pertemuan dgn si jejaka akan membuahkan hasil... dan juga semoga hujan tidak hadir di tengah hari....

    ReplyDelete