Seronok sangat dapat berjumpa teman-teman lama.. Malah jumpa kembali kekasih lama.. :D Cuma kini, kekasih lama sudah bertukar menjadi teman tapi mesra.. Bertukar-tukar cerita hingga hampir sahaja terlepas solat maghrib. Seronok bersembang, melayan kisah sahabat-sahabat yang dah bertunang, dan bakal menjadi isteri orang. Nampaknya tahun depan, akan bertambah la ahli perjumpaan kita semua. Maklum sahaja, dengan yang sudah berumahtangga, malah beranak pinak.. Mungkin lain kali, kita akan mengadakan majlis di tempat yang lebih sesuai memandangkan akan ada anak-anak kecil turut serta.
Sekalung penghargaan buat Mursyid yang tiba paling awal, Hidayat dan Lina yang setia pada setiap perjumpaan, Rafidah, Hidayati dan Tun yang sesat mencari jalan (",), Elly yang akan meninggalkan aku (maklumla, tak lama lagi dah jadi isteri orang..), Akbar yang sudi juga datang walaupun mungkin sukar untuk berdepan denganku, Bahiah dan suami yang datang dari jauh, Layleq dan Esther (maaf kalau ku salah eja..) yang sabar menunggu sampai berkulat di stesen Shell, Epul dan Afdal yang sudi bagi kurma pada semua yang datang, dan sahabat tersayang, Ana Natrah yang tiba dalam kepenatan dari tempat kerja.. Thanks guys! Love you all..
Tak puas bersembang, tapi masa bergerak meminta kami semua bersurai. Sewaktu membayar, kami terkejut kerana rupanya Big Plate kini mengenakan caj servis sebanyak 5%, tidak lagi seperti dulu.. Tak mengapalah, lain kali kita cari venue lain pula.. Kami bersurai dan aku tiba di rumah jam 10 malam. Fendy telah lama menunggu Elly, maaf ye? :)

TQ... syg awk juge :D ...
ReplyDelete