Daisypath Anniversary tickers

15 August 2007

Sihat

Hari ni, penat sangat.. Ntah kenapa, aku selalu penat sejak kebelakangan ni. Sejak balik ke Malaysia, aku kurang bertenaga macam sebelum ke India dulu. Kenapa? Ntah lah.. Mungkin kerana kurang bersenam kot..

Azam baru, nak kembali mengamalkan hidup sihat, bersenam dan makan cara seimbang. Masalahnya, aku pula rasa tak enak bila orang sekeliling asyik mengatakan aku semakin kurus. Macam orang sakit pulak gamaknya. Hmm.. rasanya, aku masih macam dulu. Mungkin kerana semakin sibuk dengan kerja, membuatku tak sempat makan..

Hmm.. Bercerita tentang kehidupan sihat, aku terfikir pula tentang seorang adikku yang asyik mengeluh, kononnya dia semakin gemuk. Aku kekadang cuma menggeleng mendengar keluhannya. Sering aku dikatakan tak memahaminya. Pulak... Aku cuma berpendapat, gemuk atau tidak, bukan faktor utama. Yang penting badan sentiasa sihat. Kalau badan agak berisi, tapi sentiasa sihat dan cergas, apa salahnya? Kalau kurus kering, tapi seringkali tak bermaya, memang masalah besar. Susah hati aku dibuatnya..

Selepas menulis ni, tiba-tiba aku terasa bersemangat hendak menjaga pemakananku. InsyaAllah.. Jom, kita jaga kesihatan kita, dengan makan secara sihat, dan bersenam secara sihat.. :)

4 comments:

  1. salah satu cara utk bersenam bg mereka yg tak sempat ialah naik turun tangga kat opis.. cuba elakkan naik lif..itu yg aku buat skarang.. tp still tak kurus.. takpe.. asalkan jantung sihat..

    ReplyDelete
  2. A petai a day can keeps the doctor away... hehe

    ReplyDelete
  3. menurut doktor, exercise naik tangga turun tangga, sebenarnya stress walking. jadi sebenarnya, ia menggemukkan bukan sebaliknya

    ReplyDelete
  4. welcome home bedah..lama giler ah tak jumpe ko...windu...

    ReplyDelete