Hari ni, aku berkecamuk sungguh. Macam-macam perkara nak kufikir. Dengan borang permohonan pinjaman yang belum kuselesaikan, fikiran kudiamuk rasa nak marah terhadap pentadbiran dalaman di pejabatku. Aduh.. Kerana perasaan hasad dengki sesetengah pihak, sanggup mengganggu periuk nasi orang lain. Sedangkan, kami sama-sama berpayung di bawah naungan yang sama. Mengapa perlu saling mendengki? Sehingga kini, aku masih belum mendapat pengesahan dalam jawatan, hanya kerana perasaan dengki manusia itu.
Dalam duniaku, beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum boleh disahkan ke dalam jawatan. Buat masa ini, aku telah memenuhi kesemua syarat, kecuali satu lagi keputusan kursus yang belum kuterima. Aku terdengar pula khabar berita, kononnya keputusanku, dan 2 orang kawanku yang lain telah tertangguh kerana ada antara senior-senior yang tak puas hati dengan kami. Kami dikatakan tak tahu buat kerja. Aku sebenarnya merasa sungguh sedih bila cara pengajaranku dipertikaikan. Kalau aku kekurangan ilmu tentang cara-cara mengajar dan menyampaikan ilmu, aku rela belajar. Tapi, dengan mengatakannya secara menuduh dan melulu, aku merasa sungguh tercabar. Aku bukan hendak mencabar para senior yang sememangnya lebih lama dalam bidang akademik ni, tapi sekurangnya bersikap profesional, saling berkongsi ilmu kan lebih baik? Tak ku faham, kerana dengan status yang telah disandang, masih lagi bersikap seperti itu.
Aku jadi penat berfikir tentang itu. Mungkin benar, aku kurang mahir mengajar. InsyaAllah aku akan perbaiki diri sentiasa. Demi tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku, aku akan sentiasa belajar membaiki kelemahanku.
Cukuplah aku berceloteh tentang pekerjaanku. 2-3 hari ni, aku asyik menerima email tentang gadis melayu dan khinzir. Ini gara-gara posing menarik 2 pelajar bidang veterinari di kandang khinzir yang sedang tersebar meluas di internet kala ini. Pelbagai hujah ditabur. Ada yang mencebik, menegaskan ia najis mughallazah. Ada juga yang membela gadis2 itu.. Pendirianku? Mudah. Komen yang dapat kuberi ialah, tujuan bekerja di tempat tersebut untuk belajar. Ilmu tentang haiwan tersebut perlulah dikaji walaupun ia dikelaskan sebagai najis mughallazah. Hukumnya tidaklah haram. Kerana yang haram adalah memakan dagingnya. Menyentuhnya tidak haram, cuma perlulah di samak selepas menyentuhnya. Namun, bila melihat cara berposing, peluk2 dengan anak khinzir tu, tergerak di hatiku.. Kalaupun tidak haram, perlu ke bergambar posing maut dengan anak khinzir tu? Memanglah tak salah, tapi, berpada lah.. Kalau najis yang bukan mughallazah sekalipun, seperti najis kita sendiri, pernah ke kite bergambar, berposing dengan 'tahi' yang kita dah lepaskan? Tau pula kita rasa geli dengan najis tu, walaupun bukan najis mughallazah.. :p
Okey, cukup mengenai politik pejabat, dan gadis bersama khinzir. Buat apa nak penat-penatkan kepala berfikir??

sabar byk2 yer..
ReplyDeletehr ni last day dyh kat sini..
jumpa lagi thn depan..
insyaALlah :)
hukum Allah yg stu ni mmg ramai org yg confius...tapi mungkin dipandang dari satu sudut, mudah ke nak menyamak pakaian dan kulit sblm solat..nak ambik air smyg pun kadang2 malas, aku sendri plak pk kalau die nak bergambar tu, suke ati die la...tapi tak busuk ye?huhu
ReplyDeletesian bedah.. keja kat mana2 pun kumpulan tu mesti ada.. baik yg melayu, cina, india or anyone..
ReplyDeleteBedah, Kite add link blog bedah dlm blog kite, hope dat should be ok k :-)
ReplyDeletesabar la bedah...setuju sgt dgn yana, keje kt mana2 pun sama. xpayah layan sgt. biarla diorg sombong dgn ilmu diorg, sedangkan diorang lupa, ilmu tu semua milik Allah. BTW, aku dh add ko dlm blog aku. be tough fren!
ReplyDelete