Daisypath Anniversary tickers

5 June 2006

Malam Mekarnya Impian 2006

Di samping majlis MESRa, ingin juga aku war-warkan kepada semua alumni FTMSK, UiTM. Kami di fakulti akan mengadakan satu majlis makan malam meraikan para alumni fakulti. Jika anda berminat untuk turut serta, silalah maklumkan kepadaku.

Majlis ini dinamakan Malam Mekarnya Impian, khas buat bekas pelajar Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif, UiTM. Inilah masanya kita hendak mengembalikan segala memori yang pernah dibina di UiTM, khususnya fakulti. Sekiranya anda berminat, jangan segan silu untuk menghubungiku, atau pihak fakulti untuk mendapat maklumat lanjut tentang majlis ini.

Majlis ini akan diadakan pada 16 Jun 2006, di Dewan Seri Budiman. Bayaran masuk cuma RM50.00 dan anda akan dapat mengembalikan nostalgia yang pernah dilalui ketika bergelar siswa/siswi.

Anda cuma perlu tinggalkan mesej di sini jika perlukan maklumat lanjut. :)

3 comments:

  1. kalau baru tamat pengajian semester june 2006 nie, leh dianggap alumni jugak ker? *wink*

    just nk carik "cable2" + peluang2 keje yg ader.. =D (of course kene melabur sket rm50.00)

    *ex-anak murid x der discount ker? *hehe*

    ReplyDelete
  2. siapa yang baru tamat pengajian nih? hmm.. anyway, kalau baru tamat, actually belum diisytihar sebagai alumni. biasanya kita diisytihar sbg alumni semasa konvo. anyway, kalau berminat nk attend, xde masalah. ex-anak murid? hmm.. masalahnya, semua alumni adalah ex-anak murid. kalau semua dpt diskaun, xde la siapa yg dikira dpt diskaun, betul x?

    ----------------------------------
    FTMSK Alumni Dinner - "Mekarnya Impian"

    Date: 16 Jun 2006.
    Time: 8pm
    Venue: DSB, UiTM
    Fee: RM50 (per person)

    For registration and inquiry, please contact :
    1. Prof Madya Aminudin – 0193221622
    2. En. Fauzi Mohd Saman – 0192820300
    3. Prof Madya Azizah Murad – 55435380
    4. Cik Siti Rahayu Abdul Aziz - 55435395

    ReplyDelete
  3. urm... masalah nyer, kalau saya nie ex-anak murid kepada cik zyda?

    ramai ker ex-anak murid sampai x ingat? *wink*

    so.. leh la dpt discount? =D

    ReplyDelete