Pagi semalam, telah berlangsung majlis pelancaran awal bagi kenferensi antarabangsa yang bakal kami di fakulti anjurkan. Konferensi ini (BIZIT'06) bakal berlangsung pada bulan Ogos nanti. Dan aku telah pun memberi nama untuk membentangkan kertas kerja pada konferensi tersebut. Tetapi, sehingga ke hari ini, kertas kerja ku masih belum siap ku tulis.
Hmm.. Ingin bercerita sedikit tentang majlis pelancaran awal yang berlangsung semalam. Alhamdulillah, pada pendapatku, majlis yang kami jalankan dengan perbelanjaan yang terhad serta masa yang singkat ini, telah berjalan dengan lancar. Walaupun ada pincang sedikit di sana sini, aku tetap merasakan ia satu kejayaan, yang membekalkan sedikit pengalaman dan pengajaran agar kami bersedia untuk konferensi sebenar nanti. Mungkin ada yang menggambarkan majlis semalam bagaikan satu kegagalan, aku tetap merasakan kami telah cuba sedaya upaya kami untuk menghasilkan yang terbaik. Mungkin ia bukan majlis yang terbaik, tapi ia berjalan dengan baik. Alhamdulillah..
Minggu ini, merupakan minggu yang paling sibuk dalam sejarah aku bekerja di UiTM. Aku sentiasa mengejar masa, melakukan 2-3 kerja dalam satu masa, sehinggakan aku merasakan tidak mampu lagi. Tapi, mujur ada sahabat2 yang sanggup membantu, dan paling tidak mengurangkan beban kerjaku yang menimbun. Terima kasih, ye! :)
Mujur juga kesibukan ini bukan semasa semester sedang berjalan. Maka tidaklah aku asyik terkejar2 pergi ke kelas. Semangat dari KAP baru-baru ini masih bersisa, hendak lebih bersedia sebelum semester bermula. Maklumlah, sebenarnya, masih ada tugasan KAP yang belum ku hantar. Masih belum sempat hendak kusentuh tugasan2 itu. Minggu depan minggu terakhir untuk menghantar tugasan2 tu. Harap-harap aku sempat menyiapkannya..
Namun, dalam kesibukanku, sempat juga aku meluangkan setiap masa yg terluang untuk majlis MESRa. Hidayat memang banyak membantu. Maklum sahaja, aku bukan kreatif sangat dalam menguruskan majlis seperti ini. Tapi, yang membuat kami agak terkilan, ada juga sahabat (kalau boleh dipanggil sahabat..) yang tidak mahu menghargai usaha kami. Bukan lah aku hendak memaksa mereka datang. Aku juga maklum, masing-masing punya tuntutan dan tanggungjawab lain yang lebih besar. Tetapi, seharusnya sebagai kawan, kita patut tahu cara hendak menangani situasi sebegini. Jangan pula ada yang datang kerana rasa terpaksa.. Aku tidak bermaksud hendak menyelar sesiapa, namun kalau ada yang termakan cili, terasalah pedasnya..

sabar je... bukan semua suka apa yg kita suka, bukan semua benda yg orang suka kita suka.... tapi perkara inilah yg membuatkan kita berbeza antara satu sama lin, sekali sekala menjedi pewarna dalam kehidupan... oleh itu sekali sekala sifat kompromasi dan konsiderasi dapat mengenepikan perbezaan dalam satu hubungan kemanusiaan yang kompleks
ReplyDelete:)
ReplyDelete