Daisypath Anniversary tickers

3 May 2006

Kat mana nk buat MESRa ni?

Hola.. Hari ni, aku dengan selambanya berbengkel sehari suntuk dan mengabaikan kerja2 lain di pejabat. Bukannya apa, kesian pula nak menjenguk ke pejabat selalu. Ini kerana sahabat2 lain sedang sibuk dengan kertas jawapan peperiksaan. Aku pula hanya membelek komputer kerana kerja2 aku buat masa ini lebih memerlukan aku menggunakan database (yang selalunya dalam keadaan off). Aku kini sebenarnya sedang asyik membuat analisa tentang semua kursus yang ditawarkan di UiTM. itu yang membuat kepalaku pening..

Ada juga sahabat-sahabat yang pelik melihat aku tidak menanda kertas jawapan. Sedangkan, inilah musimnya semua pensyarah begitu sibuk sekali. Masalahnya, kertas peperiksaan bagi kursus yang kuajar hanya akan berlangsung hujung minggu ini. Jadi, buat sementara ini, aku masih boleh bernafas lagi.. :)

Semasa berbengkel, sempat juga aku teringat akan majlis MESRa yang akan kami langsungkan tidak lama lagi. Aku sebagai yang menganjurkan majlis masih tidak dapat memastikan tempat untuk MESRa ni. Kami ada bercadang untuk mengadakan majlis tersebut di pantai. Namub, pantai yang terdekat pun, di luar kawasan. Ada juga sahabatku yang tidak dibenarkan keluar dari kawasan Lembah Klang.

Seorang kawan ada memberi cadangan untuk diadakan di Bukit Cerakah. Hmm.. Bagus juga. Mungkin ada yang tersengih mendangar cadangan ini. Mana taknya, terlalu dekat pula dengan rumahku. Hahaha.. Kalau kawan2 yang lain setuju, aku akan cuba dapatkan tempat untuk majlis kita.. :)

No comments:

Post a Comment