Daisypath Anniversary tickers

28 April 2006

Musim Peperiksaan

Musim peperiksaan tiba lagi di UiTM. Di fakulti agak lengang sekali. Maklumlah, pelajar2 agak sibuk dengan mengulangkaji untuk peperiksaan. Aku sudah pun habis menanda satu set skrip jawapan pelajarku. Alhamdulillah, dapat kurasakan terdapat pelajar yang cemerlang. Tapi, malangnya aku juga dapat membayangkan beberapa pelajar yang mungkin berada di atas pagar. Aku tak mahukan peristiwa semester lepas berulang lagi..

Bermulanya musim peperiksaan, maka bermulalah musim pensyarah duduk berkurung di dalam pejabat masing2. Sudah bagaikan satu sindrom, pensyarah duduk bersembunyi di dalam pejabat. Maklumlah, mengejar tarikh akhir menyiapkan pemarkahan. Termasuk lah aku..

Petang tadi aku menerima satu panggilan telefon dari seorang sahabat yang telah lama tak kutemui. Rupanya, panggilan telefon bertujuan untuk bertemuku, hendak menghantar kad jemputan kahwin. Wah! Sudah bermula musim perkahwinan rupanya. Almaklum, tak lama lagi musim cuti sekolah. Namun, nampaknya, perniagaanku masih belum mendapat sambutan. Tak mengapa lah.. Mungkin belum rezeki kami lagi..


Hmm.. cukuplah celoteh ku hari ini. Cuma ingin ku kongsi bersama sedikit karya dari Abang Man. Terima kasih. Karya seperti ini lah, yang satu tika dulu pernah menjadi penyuntik semangat semasa belajar. :)


No comments:

Post a Comment