Daisypath Anniversary tickers

8 April 2005

Tsunami bahan gurauan?

Hari ini, aku ingin sekali meluah rasa kesal, kerana perkara serius seperti tsunami mula dijadikan gurauan. Gurauan yang amat membahayakan nyawa.. Memang, kita tak pernah terfikir gurauan sekecil satu sms, mampu membahayakan nyawa manusia.

Teringat aku akan satu ceramah pagi yang kudengar di tv, kata ustaz tersebut, gurauan adalah benda yang harus dalam hidup, untuk menceriakan kehidupan. Tapi, ada batasan (atau syarat2) untuk setiap gurauan tu. Contohnya, gurauan hendaklah mengenai sesuatu yang benar.. Maksudnya, bukan berbohong. Maklumlah, berbohong kan berdosa, maka, gurauan yang pada asalnya harus, kan dah jadi dosa..

Selain itu, gurauan juga tidak boleh menakutkan atau mendatangkan ketakutan. Haa.. ini lah timbulnya gurauan mengenai tsunami yang mula tersebar di serata Malaysia. Sahabatku pernah mendapat mesej sms baru2 ini, mengatakan jambatan Pulau Pinang runtuh akibat tsunami.. Terkejut kami dibuatnya. Bagaimana ye, orang yang berkenaan sanggup bergurau tentang perkara seserius itu.. Apa perasaan mereka, sekiranya mendapat sms, mengatakan orang tersayang (contoh ibu bapa, suami/isteri) meninggal dunia, tapi rupanya, itu cuma gurauan semata..

Hmm.. Mungkin mereka tak berfikir sebelum bergurau. Itulah masalahnya. Kadang2, kita melakukan sesuatu untuk bergurau, tanpa menyedari gurauan tu amatlah menyakitkan hati pihak lain.. Marilah kita sama2 berfikir ya, sebelum bergurau tentang sesuatu! :) Semoga tiada siapa yang tak sengaja kita sakiti..

No comments:

Post a Comment