Daisypath Anniversary tickers

7 April 2005

Maaf..

Hmm.. Aku menyedari sesuatu, tentang perangai aku sejak kebelakangan ni. Sejak aku sibuk fikir pasal thesis, aku berperangai pelik. Aku tak suka dengan perangai aku sendiri, tapi, semuanya berlaku tanpa ku sedari.

Bagaimana perangaiku yang kukata pelik? Sebenarnya, pelik bukanlah istilah yang sesuai.. mungkin perangaiku teruk.. :p Aku mudah marah2, agak 'ignorant', ada aje yang aku tak puas hati.. Kawan-kawan serumahku, mungkin perasan dengan keadaan aku, dan mereka ambik x kisah.. Aku bersyukur sekiranya mereka tak terasa hati dengan kelakuanku. Maaf ye, kawan2..

Sebenarnya, sejak sekolah, perangaiku begini.. Bila aku mula susah hati dengan peperiksaan, biasanya kawan-kawan akan mula membiarkan aku dengan anginku.. Kekadang, aku siap minta maaf awal2, sekiranya aku tak mempedulikan mereka.. Bukan apa, kadang2, aku terlalu asyik berfikir (atau lebih tepat, berkhayal..) aku tak perasan kehadiran mereka.. Maaf ye.. Bersalah pulak rasanya.. InsyaAllah, aku cuba ubah sikap tak elok tu..

Lebih lagi, buat Akbar, yang telah lama bersabar dengan karenahku, maaf ye.. Tolong sabar lagi ye.. Thanks. :)

No comments:

Post a Comment