Daisypath Anniversary tickers

6 September 2011

Perkembangan Baru

Alhamdulillah.. Hari ni, masalah yang aku dan suami hadapi selesai. Masalah kami selama ini, Balqis tak boleh duduk diam dalam kereta. Keadaan ini menyusahkan aku bila hendak membawanya ke rumah mak setiap hari. Sehinggakan kami terpaksa menghantarnya ke taska berdekatan rumah, gara-gara risau Balqis asyik jatuh dalam kereta. Balqis dah semakin lasak, dan kejadian kemalangan pada bulan januari tempohari menyebabkan kami terpaksa mengambil keputusan menghantarnya ke taska.

Bukan aku hendak mengatakan yang taska adalah sesuatu yang buruk. Tidak sama sekali. Malah, aku sendiri teringin hendak membuka taska satu hari nanti. Masalahku ialah, Balqis merupakan seorang anak yang mudah jatuh sakit. Sejak mula lagi, Balqis sering batuk dan menghadapi masalah asma. Dulu, memang kami hantar Balqis ke taska. Tetapi setiap minggu aku akan bawa Balqis ke klinik. Kalau tak batuk, demam.. Kalau tak demam, cirit birit. Adakah kerana salah penjagaan di taska? Mungkin kerana keadaan Balqis yang sensitif pada keadaan sekeliling menyebabkanya mudah dijangkiti apabila kanak-kanak lain sakit. Keadaan Balqis kini sudah berubah. Sejak aku 'cuti'kan dia dari taska (kerana aku cuti bersalin dan berpantang di rumah mak), Balqis kini cukup sihat. Alhamdulillah... Mungkinkah kerana tidak ke taska? Hmmmm... Jadi akhirnya kami sangat keberatan hendak menghantarnya semula ke taska.

Hari ini, Balqis sudah menunjukkan perkembangan baru. Sangat positif! Pagi ini, Balqis sudah mahu duduk diam-diam dalam kereta, siap pakai seat belt lagi! Sungguh menakjubkan! Sebab sebelum ni, Balqis sangat bermusuh dengan seatbelt. Alhamdulillah...

Akhirnya, kami sepakat tidak menghantar Balqis ke taska, tetapi ke rumah mak... Jarak rumah mak yang selama ini ku rasa jauh, terasa dekat kerana Balqis sudah faham kerisauan mamanya. :)

No comments:

Post a Comment