Sebenarnya, aku tak tahu macamana nak jelaskan perasaan aku ni. Bercampur... Biar aku cerita satu persatu...
Aku gembira.. Sebab dah dapat baby baru.. Jangan silap faham ye? Baby baru aku warnanya kelabu, apa lagi kalau bukan kereta Alza ku yang comel.. Setelah sebulan menunggu, akhirnya Baby Alza tiba juga.. Alhamdulillah, tak lah aku menyusahkan mak, pinjam kereta...
Aku marah... Sebab aku rasa diperkotak-katikkan. Bebanan tugas sem depan, aduh... Aku kena mengajar 22 jam seminggu. Semester ni, aku cuma mengajar 18 jam seminggu, aku sudah rasa tak bermaya. Macamana aku nak mengejar cita-cita nak mendapatkan zuriat, kalau kerja banyak sangat. Untuk makluman sesiapa yang bukan kerjanya sepertiku, banyak jam pengajaran, bermakna lebih lama masa aku terpaksa berdiri di hadapan kelas. Dan, lebih banyak kertas peperiksaan hendak ku tanda. Dan banyak set kertas soalan nak disediakan. Dan banyak masa kuperlukan untuk menyemak nota-nota pengajaran. Bukan boleh masuk kelas dan kata, "Ok semua, sila buka mukasurat 12 dan baca sendiri."
Aku sedih... Sebab tak tahu macamana nak selesaikan masalah aku. Dan rasanya perasaan lain telah menghilangkan perasaan gembira tadi.. Aku tak suka marah, sebab aku akan rasa sedih. Kenapa dua perasaan ni kuat sungguh pertaliannya? Kenapa aku tak boleh marah, dan gembira? :p


akak, jgn sedih2 lagi. insyaAllah akak boleh handle semua ni. akak kan kuat? paling bersemangat masa kita kat Infosys dulu? :)
ReplyDeleteSabar Zaidah. Akak next sem kurang 2 jam daripada u (20). Itu tak termasuk research work dan anak 4 orang kt rumah. Anggaplah itu cara Allah untuk melatih kita supaya kita 'ready to grab any opportunity that passes by'. Akak amalkan Solat Dhuha. Alhamdulillah, Allah kurniakan extra energy dan extra patience untuk melalui hari tersebut. lagipun, kita ada 2 bulan untuk prepare notes for next sem....so chaiyyo, chaiyyo!
ReplyDeletenota kaki: Kalau 'cannot go', cukup 7 taun....cha alip but!....hehehehhe.
ye, misti kuat punya!
ReplyDeletelagipun nampak macam-macam kapsul hpa makan..
bolehlah jadi macam iron lady~
:)