Tiba-tiba rasa rindu nak menulis di sini. Agak lama tak berkesempatan, beberapa kejadian telah berlaku dalam tempoh ini. Biarku ukirkan seringkasnya...
- Salah seorang sahabat sewaktu diploma dahulu, Shazril atau lebih dikenali dengan gelaran Jay, telah pulang ke rahmatullah pada hari Sabtu lalu. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham. Walaupun tidak begitu rapat dengannya, Jay tetap seorang kenalan yang baik bagiku...
- Penemuan seekor ular sawa batik di belakang rumah Emak. Pagi Jumaat, aku, Azran dan Shima singgah ke rumah Emak sebelum ke pejabat. Dalam kelam kabut mengejar mesyuarat pada jam 9.30, kami digemparkan dengan penemuan reptilia sepanjang hampir sepuluh kaki itu. Gambarnya akan kukongsikan kemudian. Ular sawa itu ditemui dalam keadaan kekenyangan kerana telah menelan ayam belanda betina milik Ayah. Hmmm.. Kesian ayam belanda jantan, yang kini keseorangan.
seperti yang kujanjikan...
- Pameran Final Year Project(FYP) telah berlangsung selama 2 hari. Aku terpaksa menjadi pengerusi majlis bagi Forum University-Industry Commercialisation Collaboration yang diadakan pada hari FYP. Ada orang kata suaraku sedap.. Heheheh.. Iye ke?
- Minggu peperiksaan telah berakhir. Bermacam perkara berlaku sepanjang minggu peperiksaan. Malas hendak ku huraikan kerana iyanya akan mengganggu mood ceria ku pagi ini. (",)
- Aku telah mendapat subjek baru untuk ku ajar semester hadapan: ITS661 Knowledge based System. Masih ku ingat, dahulu Dr Azlinah yang mengajarku subjek ini. Aku hendak bersedia sebelum semester bermula.


salam zyda,
ReplyDeletejay kenapa?
accident ker...
xtau pun pasal hal ni..
-yani-
jay pulang ke rahmatullah kerana kanser paru-paru. Setakat itu sahaja maklumat yang ku tahu...
ReplyDelete