Daisypath Anniversary tickers

28 April 2008

Stress.. 2-3 hari kebelakangan, aku mengalami stress yang agak pelik. Sehinggakan metabolisme badan berubah dan menyebabkan aku terpaksa bercinta dengan 'Mr Loo'. Pada mulanya, aku tidak terfikir ianya adalah kerana stress.. Ku fikir, aku yang tersilap makan. Namun, kata-kata mak membuatku berfikir. "Stress pun boleh buat kita jadi sakit perut..." Iye ke?

Punca stress, macam biasa la.. Kerja, kerja, kerja. Dengan keadaan politik di pejabat, kadangkala aku jadi kurang bermotivasi untuk menyiapkan kerja. Lebih-lebih lagi dalam keadaan aku yang menghitung hari, ada sahaja masalah yang hendak menduga kesabaranku. Mujur ada Zaid yang sudi menyokongku dalam apa sahaja keadaan. Thanks.. :) Mak dan adik-adik juga banyak membantu.

Ingin ku kongsi bersama beberapa event yang akan melibatkanku secara langsung Mei ini.
  • Pembentangan Projek Tahun Akhir (FYP) akan berlangsung pada 12 hingga 14 Mei. Nampaknya ada sesetengah pelajar yang masih mahu mengulangi sejarah kegagalan. Namun, ramai juga yang cemerlang hasil kerjanya.
  • Majlis Pelancaran Mobile Software Solution Development Center (MSSDC) akan berlangsung pada 15 Mei 2008. Dengar khabarnya Menteri Pengajian Tinggi bakal melawat fakuklti.
  • Kursus Adobe Acrobat Prefossional Basic anjuran i-Learn akan berlangsung pada 5 Mei. Aku dan Kak Ju akan mengendalikannya.
  • Beberapa siri latihan penggunaan sistem i-Learn akan kamu anjurkan di beberapa buah fakulti sepanjang Mei.
  • Siri latihan i-Class juga akan bermula pada bulan ini.
  • Kursus Infosys Foundation Program juga akan dimulakan pada bulan ini. Bagi yang terpilih ke India, akan berlepas pada pertengahan bulan ini. Termasuklah beberapa orang pelajar yang menjadi kebanggaanku. Namun, di sini juga akan kami anjurkan kursus berkenaan bagi pelajar yang tidak akan ke India.

Dalam bulan Mei ini juga, beberapa orang rakan seperjuanganku dahulu akan melangsungkan perkahwinan mereka. Tahniah buat Rizal, Laili, Halina, dan Prasanna. Laili, Halina dan Prasanna telah memilih tarikh yang sama untuk hari bahagia mereka. Namun, pada tarikh yang sama juga, sepupuku Saadah yang sama-sama membesar dahulu, akan melangsungkan pertunangan dengan Hilmi di kampung. Mungkin aku akan terlepas menyaksikan sahabat-sahabatku bersanding. Jutaan maaf kupohon dari mereka..



No comments:

Post a Comment