Hujung minggu, aku ditemani Ana dan Dayat telah pergi menghadiri majlis perkahwinan Epul di Meru. Memandangkan ini adalah kenduri sebelah lelaki (yang sebalah perempuan juga kami hadiri.. :p ), kami telah melepak dengan jayanya hingga jam 4 petang di rumah pengantin. Sibuk aje kami ni.. Aku tidak mengambil sebarang foto. Cuma Ana dan Dayat membawa kamera...
Kemudian, pagi-pagi Isnin pula, aku sibuk mengendalikan peperiksaan dan sesi temuduga bagi pelajar dan pensyarah yang ingin ke India, mengikuti Infosys Foundation Program. Kesibukan bermula jam 8 pagi, hingga 3.30 petang, yang mana, aku kelam kabut solat zuhur dan bersiap pula untuk kelas seterusnya. Aku sebenarnya memang tak gemar masuk ke kelas dalam keadaan kelam kabut begitu. Kesian dengan pelajarku, yang asyik kena marahlah jawabnya.. :P
Selasa, selesai kelas, membantu Kak Ju pula dengan program Go i-Learn di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Pulang awal sedikit kerana ada kelas pula pada malam itu.
Esoknya, aku dikejutkan oleh panggilan dari Kak Nor, memberitahu berita mengejutkan. Datuk saudaraku meninggal dunia awal pagi itu. Aku tidak masuk ke pejabat pagi itu, hingga jam 1.00 tengahari. Aku, Ayah, Mak, Aishah, Angah, Apak, Oncu dan Kak Nor telah ke Hospital Serdang awal pagi itu. Kami tiba ketika jenazah sedang dimandikan dan terus disembahyangkan di situ, sebelum dibawa pulang ke Perak untuk dikebumikan. Sebelah petangnya, biasalah, seperti petang Rabu yang lain. Aku dan Kak Mi duduk 4 jam di dalam kelas mendengar pembentangan progres kerja pelajar semester akhir. Macam-macam karenah. Ada juga 3-4 pelajar yang dalam keadaan kritikal. Tinggal 2 bulan sahaja lagi, tapi projek akhir masih tak ada sebarang progres. Banyak kali ku ingatkan, jika masih begitu, aku risau mereka akan gagal projek akhir mereka. Namun, dalam keadaan yang agak terkilan dengan sikap pelajar-pelajar tu, aku menerima satu berita baik. Alhamdulillah, aku telah menerima surat menyatakan aku telah disahkan ke dalam jawatan.
Khamis, satu lagi hari yang terlalu sibuk. Aku ke hulu kehilir, menyelesaikan kertas cadangan penyelidikan untuk dihantar bagi permohonan dana, kelam kabut mencari jalan untuk membawa Akmal bersama ku ke Terengganu esoknya, mencari tiket kapal terbang (yang belum pernah kuuat selama ni..),. Semuanya berakhir jam 2, dan aku bersama Kak Mi dan Kak Lin dengan jayanya pegi makan di Nyonya's Kitchen. Maklumlah, dah lapar sangat... Sedap betul Geram Asam Kepala Ikan di situ. :)
Ok lah.. Hari ni, aku akan ke Terengganu, sebelum tu, nak masuk kelas dulu.. Chow..

No comments:
Post a Comment