Daisypath Anniversary tickers

22 January 2008

Semalam, aku hampir sahaja menengking seorang pelajar. Mujur ku tahan, kalau tak, tentu pelajar yang seorang tu dapat habuan dariku. Tak pernah lagi aku menengking pelajar, tapi yang seorang ni, memang mencabar kesabaranku. Malas la aku hendak menambah dosa bercerita pasal pelajar ni. Cuma satu pesanku, berusahalah sehabis baik demi mencapai apa yang kau mahu. Usah sekadar usaha sedikit, berjumpa halangan kecil, terus sahaja mengalah dan berhenti berusaha. Sebelah petangnya, aku sempat mengemas pejabatku (buat kesekian kalinya meja ku beralih) sebelum masuk ke kelas pada jam 4.

Hari ni, agak memenatkan kerana ada kelas pagi, dan malam. Sempat membaca satu dua artikel sebelum pulang petang ni. Kelas khas untuk seorang pelajar terpaksa kubatalkan kerana pelajar berkenaan masih di pejabatnya. Disebabkan kelas ini khas untuk pelajar tersebut (kerana hanya dia yang mengambil kursus tersebut), aku tangguhkan sahaja. Lagipun, aku masih belum sempat bersedia untuk pelajar itu. Selebihnya, aku bermalasan sahaja hari ini..

1 comment:

  1. sabar je la...bebudak sekarang memang lain sikit pe'elnyer...

    ReplyDelete