Daisypath Anniversary tickers

6 August 2007

What do i feel right now?

Hari ni, tulisanku akan lebih menuju kepada meluahkan perasaan aku sekarang. Apa perasaanku sekarang? Hahahah.. Bercampur baur.

Aku mulakan dengan perasaan yang sedang mendominasi aku di saat ini. Menyampah. Aku rasa sungguh menyampah, meluat. Dengan apa? Siapa? Tak penting. Kerana penyebabnya lebih daripada satu. Dua tiga perkara membuatku menyampah. Salah satunya, kerjaku yang menuntutku melakukan sesuatu yang tidak ku ingini. Bukan apa, aku memang tidak suka melakukan sesuatu tak ikhlas.. Maksudku, aku melakukan sesuatu kerja dengan rasa terpaksa, dan tidak gembira melakukannya. Contohnya, di kala aku sedang sibuk dengan pelbagai kerja di pejabat, para pelajar meminta aku mengiringi mereka untuk lawatan. Hendak kutolak, kesian pula. Nanti, program yang mereka rancang tak dapat berjalan tanpa pengiring. Sudahnya, kuterima juga demi rasa memenuhi permintaan. Akhirnya, aku pergi juga, dengan membawa sebeban buku serta laptopku, untuk menyiapkan kertas kerja yang sudah tiba tarikh akhir. Dan terpaksa juga ku heret keluargaku bersamaku ke sana.. Akhirnya, bak kata orang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aduh.. ini yang membuatku rasa meluat.

Tapi, dalam masa yang sama, aku juga rasa meluat dengan perangai sesetengah pelajar. Ini kerana dua tiga kali aku bertemu dengan pelajar yang tak tahu menghormati orang. Satu kes, seorang pelajar bertemuku, dan menggelar pensyarahnya yang lain dengan panggilan yang kurang hormat di depanku.. Hmm.. Aku buat tak dengar, mengandaikan pelajar tu tersasul. Namun, datang pula seorang pelajar lain, datang ke pejabatku, kononnya hendak berbual, tapi membahasakan aku 'hang'. Soalan pertamanya, 'hang apa khabar?'. Seolah2 aku adalah teman baiknya? Nak dikatakan dia orang utara, yang biasa menggunakan panggilan seperti itu, bukan pula.. Bukan kuminta penghormatan, tapi, sekurangnya tak perlu berbahasa sebegitu denganku? Sejak bila pula aku jadi kawan baiknya?

Tapi, dalam meluat tu, aku juga ada rasa sedikit gembira kerana dapat jam tangan baru. Hmm.. Itu pun, ku tuntut melalui treat points maybank. Mujur ada sesuatu yang mampu membuat ku tersenyum hari ni.. Kalau tidak, kesian pula dengan pelajar kelas ku selepas ni. Terpaksa menghadap wajah 'menyampah'ku untuk 3 jam..

Satu lagi perasan yang melandaku, serba salah.. Kerana aku terasa seperti telah memainkan perasaan seseorang yang kuanggap seorang kawan baikku. Hmm.. Rasanya aku telah beritahu dan luahkan segala perasaanku padanya, harap dia faham kedudukanku..

No comments:

Post a Comment