Kurang lebih sudah seminggu aku kembali ke tanahair. Maknanya sudah lama tidak ku kemaskini catatanku. Mungkin ada yang berfikir aku sibuk dengan pekerjaanku. Heheheh.. Sedangkan, aku sebenarnya bukan sibuk dengan kerja. Aku sibuk? Entah la.. Masih lagi dalam mood bercuti. Duduk di pejebat, aku mulakan dengan bermenunng di hadapan komputer memikirkan di mana hendak bermula. Semalam, hari pertama aku mula bekerja. Seharian aku bermenung, membuang masa di pejabat. Pagi ini, aku kelam kabut dengan kerja menimbun yang menunggu. Tak cukup kaki dan tangan pula dibuatnya..
Pagi ini, seorang sahabat menasihati aku untuk melakukan istikharah. Aku mula berdebat di dalam kepalaku, perlunya istikharah di dalam keadaan ku. Apa yang ku tahu, istikharah harus dilakukan apabila kita dalam keadaan tidak dapat membuat pilihan atau keputusan. Tapi, bagaimana pula sekiranya kedudukanku, yang tahu apa yang ku mahukan dalam membuat keputusan? Apa yang ku fikirkan, istikharah tidak perlu kulakukan di waktu ini, tapi apa yang perlu aku lakukan ialah berdoa agar keputusan yang ku buat adalah yang terbaik bagiku. Di waktu aku menulis catatan ini, aku sedang menonton rancangan Al-Kuliyyah, yang mana tajuk perbincangannya adalah istikharah. Ustaz Haron Din juga berkata, istikharah perlu apabila dlam kedudukan tidak dapat memilih dalam membuat keputusan. Hmm.. mungkin ada sahabat-sahabat lain mahu beri pendapat tentang perkara ini...
Ok, cukup mengenai istikharah. Setelah pulang dari India, kini aku mula terasa bahang yang pernah kuhadapi dahulu. Kerja-kerja yang menimbun, membuat ku rasa seperti duduk di dalam timbunan kertas di atasku. Namun, aku sedar, inilah yang aku rindukan sejak pulang dari India. Aku rindukan kesibukan mengejar waktu untuk ke kelas, menghadiri mesyuarat serta menulis kertas penyelidikan. Hmm.. InsyaAllah aku akan kejar semuanya mulai minggu hadapan. Ini kerana semester bermula pada minggu depan.
Kepada adik-adik serta kawan-kawan yang hendak memulakan semester baru, Good Luck! :)

No comments:
Post a Comment