Daisypath Anniversary tickers

16 October 2006

Ramadhan makin meninggalkan kita..

Salam.. Terasa seperti sudah agak lama tidak menulis. Sibuk dengan kerja? Ya, memang aku terlalu sibuk dengan kerja, sehinggakan malam pertama Ramadhan aku masih di pejabat hingga hampir tengah malam. Saban minggu bekerja sehingga setiap hujung minggu. Akhirnya, badanku juga menunjukkan protesnya. Ditambah dengan cuaca yang agak berjerebu, tubuhku tewas juga. Sehari aku demam agak teruk (namun terpaksa juga menjaga peperiksaan ketika demam). Hari ini, kesihatanku beransur pulih, alhamdulillah.. Walaupun suaraku hilang juga ketika sedang mengajar. Tak mengapalah.. Setidaknya menjadi bahan ketawa para pelajarku. :)

Namun, dalam kesibukan kerja, aku masih sempat keluar berbuka puasa bersama sahabat-sahabatku. Pada 7hb Oktober baru-baru ini, aku, bersama Dayat, Ana, Elly, Lina, Dol, Zenith dan Wan telah berkumpul untuk sama-sama berbuka puasa di Restoran Big Plate, Shah Alam. Sedikit gambar-gambar boleh lah dilihat di laman fotopages Dayat. Gembira sungguh. Kehadiran Dol pula, dengan kad jemputan dari Yusri yang akan melangsungkan perkahwinannya bulan November nanti. Makan sampai puas, memang berbaloi kami bertemu malam itu. InsyaAllah, tahun depan kita berbuka bersama lagi, ok?

Selain itu, bulan Ramadhan ku juga dipenuhi jadual waktu mengganti kelas yang tertinggal sepanjang semester. Jenuh juga, namun alhamdulillah berjaya juga cover semula. Setelah tinggal beberapa hari lagi Syawal nak menjelma, baru aku teringat tentang persiapan raya yang belum sempat kusentuh. Nampak gayanya raya tahun ini akan jadi seperti tahun-tahun lepas.. Persediaan saat-saat akhir. :p

Buat sahabat-sahabatku, Selamat menyambut Aidilfitri. Sekiranya ada salah silap, terlanjur kata, terkasar bahasa, silalah maafkan diriku. Jika ada yang pernah berselisih faham denganku, kuharap sudi memaafkan aku. Buat sahabat-sahabat baikku, terima kasih kerana berada di sampingku selama ini. Thanks a lot. Sudi-sudikanlah menyinggah raya ke rumah, ok? :)

No comments:

Post a Comment