Hola.. Cukuplah dengan kisah kurang gembira. Ku mulakan mingguku dengan sedikit keceriaan. Minggu sudah, aku, mak dan Aisha pergi ke Bangi meraikan majlis perkahwinan seorang sahabatku, Azean dan kakaknya, Linda. Keluarga Azean merupakan kawan kedua ibu bapaku, ketika mereka sama-sama belajar dahulu. Teringat pula kisah ketika aku sedang dalam pengajian diploma. Setelah setahun kami bersama dalam kelas, barulah ku ketahui, yang gadis ini pernah sama-sama bermain salji satu tika dulu.. :)

Gambar kenangan di bilik pengantin. Putri Qistina juga x ketinggalan berposing dengan mummy nya.. Azean nampak cantik di samping suami tercinta. Semoga berbahagia..

Sebelum pulang, kami beramai-ramai bergambar kenangan. Pengantin sahaja yang tiada, sebab sedang sibuk bersanding. :)
Namun, di samping kami bergembira, seorang kawan lama ketika di Jenan, Saiful Adzli, telah pulang ke rahmatullah kelmarin. Ku terima berita sedih ini daripada seorang kawan lamaku. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat almarhum...
thanks sbb dtg. kite happy sgt korang dtg :) tapi sorry sbb tak terlayan..
ReplyDeleteX apa.. Biasa la, pengantin mana ada masa nak layan semua orang. Anyway, tahniah. Selamat menerajui hidup bersama suami, di tempat orang.. Balik sini, jangan lupa bawak ole2.. :)
ReplyDeleteKeep in touch, Yan! Jauh di mata, dekat di hati, kay?!
Adik,
ReplyDeleteSaiful Adzli, group kita dulu ker?
Abd Man rasa kenal dia.
Innalillah...
Kenapa? Kemalangan?