Semalam, akhirnya berjaya juga aku dan beberapa orang sahabat menjayakan majlis MESRa x-CS10 yang memang kami dah rancangkan sebelum ni. Alhamdulillah, walaupun sambutan kurang memuaskan (sebab ramai yang tak dapat datang pada saat akhir) namun, aku rasakan majlis ni berjaya dilangsungkan dengan gembiranya.
Aku telah mengambil cuti 2 hari sebelum majlis. Bukannya apa, dengan kerja-kerja di pejabat, memang tidak sempat untuk aku menguruskan majlis ini. Lebih-lebih lagi aku memang belum sempat bercuti lagi semester ini, aku mengambil kesempatan mengambil cuti demi majlis ini.
Hari sebelum majlis, aku pagi-pagi telah pergi ke pasar ditemani mak, membeli barang makanan yang perlu untuk esoknya. Semasa membeli lima ekor ayam, mak tersengih memandangku. Macam nak kenduri, katanya.. Seharian, aku mencuci dan menyediakan bahan untuk dibawa pada pagi sabtu. Mujur adikku, Aisha mahu membantu. kalau tidak jenuh juga nak menyediakan juadah untuk 30 orang, seorangan..
Pagi Sabtu, aku dan adik-adikku, dah bersiap nak ke Bukit Cerakah. Aku terpaksa meminjam van ayah kerana keretaku x muat hendak diisi dengan barang2 yang terlalu banyak. Semasa melihat makanan dan hadiah yang agak banyak, aku ada terfikir, kalaulah tidak ramai yang datang, memang merugikan. Sesampai di sana, Ana dan adiknya sudah pun tiba. Kami menunggu beberapa ketika sampai Dayat dan Lina pula tiba. Setelah berurusan di pejabat Taman Pertanian, kami pun masuk dengan tiga kenderaan. Setelah memunggah barang ke astaka di atas tasik, aku keluar semula untuk mengambil nasi dan sedikit lauk yang sudah ku tempah dari sepupuku.
Jam 10.30, aku kembali ke Taman Pertanian, melihat Ana sedang menunggu bersama Yan dan Didi. Lama juga kami menunggu ketibaan yang lain, akhirnya kami mengalah setelah jam sudah hampir jam 12 tengahari. Yan dan Didi telah pun masuk bersama Hidayah dan tunangnya. Acara bakar-membakar pun bermula setelah Amru dan Lina tiba dari mengambil fire starter (yang mana aku terlupa nak sediakan.. :p)
Seronok juga beramai-ramai menyediakan juadah. Macam kenduri kawin juga gamaknya, dengan riuh rendah tukang masak dan yang tak memasak. Hehehe.. Terima kasih ye, semua!
Tapi, kami sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Hujan mula turun dengan agak lebat, tapi, kami tetap gembira sebab dapat makan beramai-ramai. Setelah semua selesai solat Zohor, barulah acara permainan dimulakan. Wah! Bukan main gembira kami semua, sampai renjer taman datang buat spot check.. Hehehe.. Mujur Abang Renjer tu sporting. :D
Kami terus bermain sehingga jam 6.30pm, dan masing-masing bergembira mengemas, bergambar dan rasanya, ramai yang rasa tak puas dengan pertemuan hari ini. Tak puas bergembira, tak puas berceloteh. Ada yang mencadangkan aku menganjurkannya lagi pada lain tahun. Sudah tentu aku akan anjurkan. Mungkin lain kali, kami akan dapat lebih sambutan.
Aku sendiri secara personal sungguh gembira, walaupun pada hari sebelumnya berbagai perasaan datang. Aku asyik tertanya, mampukah aku berhadapan dengan'nya', setelah apa yang kami lalui? Nampaknya, majlis semalam berjaya mengusik memori lama.. Namun, aku berterima kasih kepada dia yang sudi juga datang..
Ucapan terima kasih juga khas untuk Dayat dan Ana yang membantu menyediakan barangan hadiah dan cenderahati. Buat Shah yang bertungkus lumus menyediakan permainan buat kami bergembira. Juga untuk Elly, Baya, Didi, Akbar, Amru, Afnan, Saber, Dayah, Yan, Lina, Fida, Hidayati yang sudi datang. Termasuk juga adikku Aisha dan Nurul, adik Ana, Farahin serta tunangan Dayah, Fazwan. Fazwan banyak membantu semasa masak memasak.. Tidak lupa, teman tapi mesra Dayat, Ina.. You rock, girl! Aku doakan Dayat dan Ina berbahagia.. :)
Untuk melihat gambar-gambar ceria dari MESRa, sila lawati laman web foto Dayat dan Seyber.
Thanks you all! Love you guys!

waaa zyda bestnyeeeee!!!!
ReplyDeletehow i wish i could be there !!!xpelah, lain kali kalau nk buatlg bgtahu la ye.....
congrats for an occasion well-organized !
no problem.. kalau nk tgk gambar lg banyak, sile ke fotopage dayat.. :)
ReplyDeletekureng ko bedah.. kenakan aku... takpela... semoga semua yg lain pun bahagia sama....
ReplyDeleteseronok banget!!!
ReplyDeletebeberapa gambar ;-) http://nasabarina.fotopages.com/?entry=845294&back=http://nasabarina.fotopages.com/?page=0
ReplyDeleteCONGRATULATION & BIG HUG to MESRa team :-)
"3 dara pingitan"? Dd rasa, Dd sorang je... akakakakka :P
ReplyDeleteNway, thanks so much susah-payah uruskan gath ni. Siap amik cuti lagi :D