Daisypath Anniversary tickers

20 May 2006

KAP

Seminggu yang agak kurang membebankan otak (kerja-kerja pejabat) sebab aku sibuk menghadiri kursus. Kursus apa? Kursus Asas Pengajaran & Pembelajaran (KAP). Buat sesiapa yang ada cadangan nak menjadi pensyarah di UiTM, biar kunyatakan lebih dahulu, kursus ni, adalah kursus wajib. Kalau x ikut serta sepenuhnya (100% attendance dan mengikuti semua tugasan dan penilaian), alamat nanti tak dapat sah ke dalam jawatan pula. Sebenarnya, syarat ni baru sahaja dikuatkuasakan.

Alhamdulillah, setakat 4 hari ini, aku rasakan kursus ini banyak memberi manfaat kepada kami (pensyarah-pensyarah baru, terutamanya, aku..) Almaklumlah, selama hampir setahun aku mengajar, aku tidak pernah mengerti maksud andragogi. Malah, cara penyampaian yang bersesuaian dengan psikologi pelajar juga tidak pernah kudalami. Aku cuma berbekalkan pengalaman semasa belajar, dan ilmu yang ada daripada pengajianku selama ini. Ini masalah biasa yang dihadapi oleh pensyarah baru dan yang masih mentah seperti aku. Sebelum ini, kami tidak pernah menerima latihan formal tentang cara-cara mengajar yang baik..

Biasalah, setelah mengikuti kursus seperti ini, semangat membara nak memperbaiki gaya pengajaran dan cara aku memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar. Walaupun, aku tahu ia bukan perkara mudah, namun nampaknya dengan panduan yang diberi oleh penceramah-penceramah, aku rasa ianya tidak mustahil untuk dilakukan. :) Aku agak gembira juga sebenarnya dengan penyertaan aku dalam kursus ni. Aku dapat berkenalan dengan ramai juga rakan-rakan sejawat yang datang dari kampus cawangan dan fakulti. Dan macam-macam pengalaman mengajar yang dapat kami kongsi bersama. Alhamdulillah.. Ratna, teman serumah ku sewaktu belajar dahulu juga sama-sama menyertai kursus ini. Ada juga peluang untuk kami bersembang panjang. Hmm.. Akan kucari juga peluang untuk ke Kelantan suatu hari nanti. Ratna, jangan dilupa pula janji nak bawa aku melawat ke seluruh negeri Kelantan, ok? :D

No comments:

Post a Comment