Hello.. Ingin aku kongsikan bersama sahabat-sahabatku, perasaan ku sekarang. Ketika aku sedang asyik membina karier (dan tentu sekali, usia meningkat seiring dengannya..), aku asyik pula dihujani soalan-soalan yang aku malas hendak melayannya.. Persoalan yang sememangnya biasa diajukan kepada seorang gadis apabila mula meningkat dewasa. Tapi, kini aku semakin bingung apabila persoalan itu mula diketengahkan seperti satu isu yang besar. Malah, ada juga yang ingin memperkenalkan aku dengan sanak saudara, kenalan baik. Hmm.. Bingung pula aku dibuatnya. Hendak ku tolak, mereka akan kata aku menolak tuah.. Mungkin juga aku dikatakan 'choosy'.. Ada juga yang cuba memperkenalkan aku dengan saudara mara, menerusi ibuku. Mujur ibuku faham kondisiku, dan berbincang denganku. Namun, aku tahu, ibuku juga tersepit di antara sahabat (yang agak mendesak) dan anaknya sendiri. Maaf, mak.. :)
Bukan aku memilih, atau hendak menolak tuah. Mungkin masanya belum tiba. Jika sampai ketikanya, aku akan berumahtangga juga. Ada di kalangan rakan sekerja yang mencadangkan aku manggunakan status 'puan' apabila berkenalan dengan pelajar atau orang lain. Ini katanya untuk mengelak isu yang sama. Wah, satu taktik baru, yang mungkin berkesan.. :)
Aku tahu, tentu sahabat-sahabat perempuan ku yang lain juga menghadapi masalah sepertiku. Cuma aku sahaja yang mungkin kurang bijak menangani keadaan. Ada apa-apa tips? Silalah kongsi bersama.. :)
Buat sahabat-sahabat yang sudah pun berumahtangga pada tahun lalu, aku ucapkan tahniah. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, semoga berbahagia. Bercakap tentang perkahwinan, aku teringat akan beberapa orang kawan-kawan yang ada menyatakan hasrat untuk berumahtangga pada tahun ini. Kalian jangan lupa, Ilhamekar bersedia menerima tempahan anda. Jika anda ada idea lain untuk tempahan, beritahu kami, insyaAllah, akan kami usahakan buat hari istimewa anda..

No comments:
Post a Comment