Assalamualaikum,
Esok (4 Januari 2006), genap umurku suku abad. Wah, dalam sahabat2 ku asyik menyambut tahun baru, sesetengah sahabatku pula sibuk dengan urusan perkahwinan masing-masing, aku pula asyik mengenang hari lahirku. Nampak seperti keanak-anakan pula.
Sebenarnya, dalam aku asyik mengenang hari lahirku, aku sebenarnya terlalu sibuk dengan banyak perkara. Kadangkala, aku mula mempersoalkan kemampuan aku menangani semua perkara. Dengan kerja-kerja hakiki ku untuk mengajar, tugas-tugas lain di pejabat yang satu lagi, kehendak penyelidikan yang sepatutnya sudah ku mulakan sejak bulan lepas, hasratku untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD, ditambah pula dengan perniagaan ilhamekar yang baru ku mulakan bersama seorang sahabat. Nampaknya, aku harus mengatur masaku dengan lebih rapi. Namun, alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar. Walaupun ada kalanya aku sendiri mengah mengejar masa. Mungkin ini berkat doa ibuku yang saban hari melihat aku ke hulu ke hilir.
Bercerita mengenai tahun baru, semua orang asyik memperkatakan tentang tercapaikah azam. Aku sendiri harus menyemak semula senarai azam yang kubuat awal tahun lepas. Antaranya, aku hendak menamatkan pengajianku dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdulillah, azam yang satu itu telah pun tercapai. Namun, banyak juga azamku yang belum tercapai. Harus ku perbaiki azam itu dan kulanjutkan ke tahun ini. Aku tidak mahu meninggalkan azamku begitu sahaja.
Antara azamku tahun ini ialah meningkat kesabaranku dalam semua keadaan. Aku menyedari kadangkala, aku bersifat emosi. Sebagai contoh, aku sememangnya tidak suka orang mengganggu tidurku. Kadangkala, aku menerima panggilan di tengah-tengah malam daripada pemanggil tidak bernama, memang menaikkan darahku. Sudahlah kepenatan bekerja sepanjang hari belum terbalas, baru hendak lena, ada pula yang mengganggu. Bila tak cukup tidur, mulalah emosiku tak stabil keesokan harinya. :/
Mungkin ada petua dr para sahabat, cara menangani masalah sebegini.. :)
Hmm.. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru buat semua yang membaca. Semoga cita-cita anda tercapai, dan binalah hidup yang lebih bahagia tahun ini. Dan semoga kehidupan kita lebih diberkati Allah.

happy birthday zyda....may Allah bless u always....:)
ReplyDelete