Daisypath Anniversary tickers

25 November 2005

Tak puas hati..

Bangun tidur pagi ini, kepalaku mula dipenuhi pelbagai persoalan, yang tentunya terbawa-bawa sejak semalam. Bermacam perkara yang difikirkan, sambil merancang strategi menjawab setiap persoalan.

Soalan pertama yang menggangguku ialah mengenai dasar perhubungan dengan orang yang kita sayangi. Aku berfikir tentang bermacam perkara, tapi, akhirnya aku memutuskan untuk mengikut rentak takdir yang telah ditentukan oleh Allah untukku. Memang semuanya di luar kuasa aku, sebagai hambanya. Apa yang aku harapkan, agar aku mampu menjadi kuat dan tabah menghadapi segala ketentuan-Nya. InsyaAllah, semua akan selamat selagi kita berserah kepada-Nya.

Selain masalah peribadi yang mengetuk fikiran, beberapa persoalan yang tidak selesai ialah masalah akaun bank ku. Sebenarnya, sejak seminggu yang lalu, aku merasa tidak puas hati dengan perkhidmatan perbankan yang pernah kulanggani. Pertama, Maybank. Apa yang aku tidak puas hati ialah sikap pekerjanya, yang ambil sikap tidak acuh semasa aku ke Menara Maybank Shah Alam tempohari. Mungkinkah aku dilihat sebagai seorang yang tidak mampu berurusniaga dengan Maybank, maka aku tidak layak diberi perhatian sebagai bakal pelanggan? :(

Pagi ini, aku bertambah geram pula dengan Bank Bumiputera Commerce. Setelah dua kali aku menelefon ke cawangan USM, Penang, jawapan yang aku dapati cukup mengecewakan. Sedangkan panggilanku cuma bertujuan memastikan alamat surat menyurat ku adalah betul. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk terus ke bank cawangan terdekat. terurai pun kekusutanku.. :/

Selain itu, aku mula merancang masa ku di pejabat hari ini. Aku terlupa, yang aku telah menyusun temujanji dengan beberapa orang pelajar, sedangkan pada pagi ini, akan diadakan Majlis Persaraan Pn Tan Kim Ean, salah seorang pensyarah di fakulti. Tak mengapalah. Aku cuma tinggalkan notis di pintu agar pelajar tersebut boleh mencariku nanti. :|

Buat Pn Tan Kim Ean, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas didikannya sewaktu aku menuntut di dalam kelasnya dahulu. Aku baru sahaja menyertai pasukan pensyarah di fakulti ini, nampaknya beliau akan meninggalkan fakulti pula. Terasa masih baru lagi, aku duduk di dalam kelasnya.. :)

2 comments:

  1. Pn Tan Kim Ean. mulanya semua org ingat nama dia T Kean. sape la yg taip nama kat jadual waktu tu.
    aku ada satu nasihat yg baik utk zyda. jgn just fikir sst perkara kalau tiada action. kalau zyda fikir tentang relationship, knp si dia begitu, kenapa si dia begini (just fikir tanpa action, sedangkan zyda tak dpt jwpn yg sebenar), zyda hanya merosakkan fikiran. boleh fikir, tp mesti disertakan dgn action. lebih baik jgn fikir langsung jika tiada action.

    ReplyDelete
  2. saudara/i anonymous,

    Apa maksudnya 'tiada action'? biar saya jelaskan kedudukan sebenarnya. Apabila saya katakan tentang saya berfikir ttg sesuatu, itu bermakna saya sedang berfikir apa yang harus dilakukan, sebelum mengambil sebarang tindakan. Jika setelah berfikir, boleh lah diambil tindakan. Tapi, kadangkala, setelah difikirkan, berdiam diri adalah action yang terbaik, kenapa tidak? Pada pandangan saya, ia tidak merosakkan fikiran, tetapi, memberi peluang otak dan minda bekerja.

    Mengenai relationship, 'knp si dia begitu, kenapa si dia begini' . Sekiranya saya ada kuasa mengubah sikap dan sifat seseorang, mungkin saya dah lakukan. Tapi, apa yang saya boleh buat hanya lah memberi sepatah dua kata, komen atau nasihat. Selebihnya, tuan punya badan yang harus bertindak.

    Walaubagaimanapun, terima kasih atas nasihat anda..

    ReplyDelete