Assalamualaikum.. Sebenarnya, tak tergambar kegembiraan aku sekarang ni. Masakan tak gembira, setelah setahun berhempas pulas, akhirnya tamat juga pengajianku. Akhirnya, aku boleh pulang ke kampung halaman, tanpa terasa halangan menyekatku. Setelah setahun aku tinggal di Pulau Pinang, aku terasa betapa kehidupanku mengajar aku erti tanggungjawab, hidup berdikari, walaupun sebenarnya, aku masih lagi anak mak dan ayah, yang tak serik hendak bermanja..
Apa yang kupelajari? Hmm.. Tak banyak berbanding sahabat2 lain, tapi, cukup untuk mendewasakanku. Aku rasa aku dah bersedia untuk meninggalkan dunia persekolahan, dan melangkah ke suatu alam baru, yang tentunya dipenuhi berbagai dugaan. Aku akui, tentunya masa hadapan yang bakal kutempuhi, bukannya suatu laluan mudah, tapi, aku harus melaluinya demi mak, ayah, adik2 ku, dan tentunya demi diriku sendiri serta 'dia' yang teristimewa..
Aku harus berterima kasih kepada banyak pihak yang pernah berada di samping ku sepanjang hidup ku. Tentunya syukur ke hadrat Ilahi, kerana semua kurnian-Nya. Jutaan rasa kasih buat mak, ayah, dan keluarga yang sentiasa berada di sampingku selama ini. Jambangan penghargaan dan kasih buat semua sahabat yang berdiri teguh di sisiku, terutama, Ana Natrah yang setia menemaniku sejak kami berusia 13 tahun. Buat teman-teman serumahku, Kak Pah, Kak ija dan Ratna, thanks a lot. Walaupun, kadangkala ada masam, manis, masin dalam kehidupan kita bersama, semua itu kita anggapkan saja sebagai perencah perkenalan kita, ok! Biasa lah, tanpa perencah, masakan oleh tukang masak hebat pun, tak lalu kita menelannya.. :)
A lot of thanks, buat sahabat2 lain. Yang kukenal di SAMTH, SMSAH (Jenan), UiTM dan USM.. Jgn marah, bila tak kusebut nama di sini, ye? Hope our life will cheer and prosper..

No comments:
Post a Comment