Pernah dengar perkataan ni? Tiba-tiba perkataan ni terlintas dalam kepalaku. Perkataan ni, pertama kali ku jumpa sewaktu aku berusia 8-9 tahun. Di mana? Dalam buku cerita kanak2 yang kakak ku guna semasa dia dlm standard 2 di US. Aku memang gemar membelek buku2 tu, sebab gambar2 dan perkataan yang menarik. Apa menariknya 'serendipity'? :)
Kisah yang kubaca tu, begini.. Dua beradik, Si Abang dan Si Adik (perempuan) sedang bermain di rumah.. Tiba-tiba , si Adik menyebut perkataan 'serendipity'. Si Abang bertanya, 'apa yang kamu sebut?' Si Adik ketawa kecil sambil menggeleng.. 'Ntah..' Sebenarnya, si Adik menyebut tanpa maksud. Perkataan tu bunyinya sedap pada si Adik.. Si Abang ajak si Adik mencari maksud perkataan tersebut. Mereka pun masuk ke rumah untuk mencari kamus.
'Di mana kamus?' Masing-masing mencari di dalam bilik tidur. Tiada.. Mereka masuk ke bilik tidur ibu bapa mereka. Si Adik terpandang anak patung di bawah katil si Ibu. Bukan main gembira lagi dia.. Sudah lama dia kehilangan anak patung tersebut. Mereka bertanya kepada si Ibu, 'Ibu, di mana kamus?' Si Ibu kata, mungkin di ruang tamu. Mereka pun mula mencari di ruang tamu. Ibu pun turut membantu.
'Eh, ini buku resepi ibu.. Dah seminggu ibu mencarinya..' Si ibu pulak gembira sebab terjumpa buku resepinya. Setelah puas mencari tapi tak jumpa, mereka ke dapur untuk minum bersama, sebab si Adik dan si Ibu gembira menemui barang mereka yang hilang..
Si Abang ternampak kamus di atas meja. Si Adik dan Abang pun mula mencari maksud 'serendipity'.
serendipity - the ability to make pleasent and unexpected
discoveries entirely by chance. (Oxford Advanced Learner's Dictionary)
Masing2 tersenyum.. Si Abang menjerit kegembiraan. 'Nampaknya kite telah mendapat penemuan yang hebat.. Serendipity!' Serendipity adalah penemuan mereka!

No comments:
Post a Comment