Tapi, hari ni, aku akui sebenarnya, aku tak ikhlas berkawan dengan beberapa teman. Bila bertemu, aku boleh bergurau senda. Ada masanya, aku akan mengelak bertemu muka. Tapi, most of the time, aku tak suka melihat si dia.. Jangan risau, aku tak akan menyebut nama sesiapa di sini, kerana ia mungkin menyinggung perasaan si dia. Tapi, kalau dah makan pedas, sendiri lah yang rasa pedasnya..
Kenapa tak ikhlas? Hmm.. Kadang2, soalan ni susah dijawab. Tapi, sebabnya sendiri tahu, ya.. Misalan, aku tak suka dengan tingkah lakunya, aku tak boleh sesuaikan diri dengan perangainya, tapi, aku harus jaga air mukanya di depan teman lain. Jadi, dalam diriku, tak dapat ku iktirafkan orang sebegini sebagai kawanku.. Mungkin si dia juga tahu. Sebab tu, kami jarang sependapat..
Aku nilaikan persahabatan itu, sesuatu yang sangat mahal. Kita tak boleh nilaikan dengan wang ringgit.. Tidak juga harta benda. Persahabatan, sekuat mana pun ikatannya, mudah sahaja terlerai dengan kelakuan, perkataan yang menghiris perasaan. Jadi, mengapa tak kita hargai persahabatan yang kita ada? Mengapa mesti kita tetak ikatan yang mungkin sudah pun rapuh? Hmm.. Kadangkala, disebabkan perbuatan kita, keikhlasan dalam persahabatan tu, mula hilang. Tanpa keikhlasan, persahabatan jadi hambar. Kebencian mudah saja menyelinap..
Friendship - the feeling of relationship that friends have.
Buat semua sahabatku, maaf jika ada salah dan silap.. Maklumlah, kadangkala, kita terleka dan melakukan kesilapan. Melakukan kesilapan, tak mengapa, asalkan kita tahu minta maaf.. Minta maaf bukan sahaja di hari raya, tau.. Demi persahabatan kita, maafkanlah kesilapan yang kecil, demi masa depan yang lebih aman.
" A friend is one to whom one may pour out all the contents of one's heart, chaff and grain together, knowing that the gentlest of hands will take and sift it, keep what is worth keeping and with a breath of kindness blow the rest away."- Arabian Proverb

No comments:
Post a Comment